Tuesday, August 27, 2013

::Nak yang Murah Aje::

Assalamualaikum....
Malas betul aku nak fikirkan hal kahwin kalau duit dah tinggal senipis kulit bawang. En.PZ kena pergi Tawau. Tak lama pun. Hari ini sampai Jumaat. Pastu Sabtu plan nak pergi tempah kad kahwin sebab pertengahan bulan 10 dah nak pickup. Design yang aku nak mostly more than 0.30/pcs. Geram pula. So, nak pergi tengok dan tanya sendiri. If ada design yang menarik less than 0.30/pcs terus ak grab. Aku nak design boarding pass tapi kalau untuk sebelah pihak boleh la bawah 0.30/pcs tapi kalau dua pihak terus jadi 0.39/pcs. Membazir tu. Aku kan kedekut! Nak design cadbury ramai dah buat. Nak design cek sama macam boarding pass. So aku rasa design yang valid ialah design post card. Tapi dah macam lama dah orang buat. Aku nak yang nampak ala-ala vintage style and color pastel. Gitewww... Cerewet+kedekut=Complete! Kau buat la sendiri wani oii!

Pastu fikir pasal sticker plak. Sticker aku nak 2000pcs. Tapi aku 1000 pcs dan abang aku 1000 pcs. Aku nak harga bawah 0.10/pcs. Memang payahla nak cari!HAHA Kalau ada aku tempah kalau tak ada aku D.I.Y!sebab aku dah kira, kalau D.I.Y harga jatuh dalam 0.05 sen ajeee.. Gila kau tak murah!Wakakaka

Button Badge pun sekian hal. Nak yang bawah rm1.50. Nak dalam 100 pcs. Design same je sbb 50 belah aku dan 50 belah En.PZ. Untuk sibling and parents ada la tulis Father, mother, brother yang lain tulis Family pastu friend. Actually, kalau buat 100 pastu aku guna semua dulu pun tak kisah sebab belah En. FZ pun semua adik lelaki. Sama dengan aku.Haha *Niat keji*. Usha pun paling murah RM1.80 je. Design pun biasa-biasa aja. Penat dah nak cari ni!

Progress bunga telur memberangsangkan. Haha. Balik kerja biar la ada masa dalam 10 minit pun, aku gigih buat! Minggu lepas push my self boleh siap dalam 27 kuntum. Minggu ni rasa lagi banyak kot boleh siap. Malam ni tak payah buat reben, bunga semua..Just combine je. So, kalau combine memang sekejap dah siap! InsyaAllah... Allah permudahkan semuanya.. ^_~

Weekend aritu jumpa blogger pencen yang dah lama tak jumpa. Still maintain macam dulu. Cuma aku je yang gemok.HAHA *Kuang asam masing-masing kutuk aku!*


Pensil/Surat: Kerja tak ada. Kebosanan.


Wednesday, August 21, 2013

::Perihal Kad Pula::

Assalamualaikum.....
Phewww... Harini update blog lagi. Gigih betul.Sementara mood membuak-buak ni apa salahnya kan. Haha Ok, semalam discuss dengan En.PZ berkenaan kad kahwin. Yela, sebelum ni nak DIY, aleh-aleh semalam buat calculation rupa-rupanya kad belah aku dalam  500 pcs sebab abang aku kan kenduri sambut menantu sekali dengan aku pastu belah En. PZ pun 500pcs. Total 1000pcs. Harga DIY if 1000pcs sama dengan harga tempah. Cuma kalau DIY murah dalam RM20-RM40 aje. So, alang-alang banyak aku kena DIY aku pun nak tempah! Tapi tak pergi tempah lagi. Fuhhh Masa nan ado nak pergi. Aku survey dengan kawan-kawan aku ada satu tempat ni, nama FB dia UTUSAN SEHARI. Kawan aku tempah kad kahwin harga dalam RM0.24 sekeping. Murah lah! Aku decide nak tempah kat situ je. Cuma tak tahu bila mahu pergi HQ dia kat Kajang. Tengok la weekend next week ke.

Yang pasti bulan 10 dah kena siap!T_______T

Bunga telur DIY yang aku siap buat. Time ni excited nak buat. Tapi sekarang bila busy memang MALAS. Tapi push juga. Semangatttt!

Pensil/Surat: Semoga aku punyai kekuatan sekuat harimau.Auuummmm



Tuesday, August 20, 2013

::I'm Back::

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama mendiamkan diri tetiba hari ni meroyan nak update blog. Actually aku tengah kerja tapi aku biasa memang free pun. Balik pun suka hati aku je. Pukul 4.30 pm dah chow chin chaw.. ekekekek

Alhamdulillah.. Rezeki untuk aku bekerja ada. Lebih kurang sama dengan kerja sebelum aku sambung master cuma dulu aku jadi assistant officer tapi sekarang aku jadi executive. Fhewwww executive la sangat. Sebenarnya Operation Executive tak pun Operation Officer pun boleyyyy!

Sepanjang aku tak update blog ni banyak benda yang berubah dalam hidup aku ni.

First: Aku dah bekerja even bukan dalam bidang master aku (Education)
Second: Aku dah.......BERTUNANG. Alhamdulillah. Syukur sangat. One step closer. Syukur terhadap Allah S.W.T.
Third: Aku dah boleh DRIVEEE..Ngehhh Lesen dah berjaman adeeee... Tapi enggak pandai drive. Ni ayah aku dah bagi pinjam sebiji kereta pandai-pandai la drive.. Nasib Auto. lalalala

Sekarang aku nak buat preparation untuk kahwin pula. Kalau kira week memamg haru biru. Kalau kira month nampak macam boleh jalan-jalan macam kura-kura lagi. Yang jadikan huru hara sebab BANYAK SANGAT aku nak DO IT BY MY SELF! D.I.Y!!!!!!!!Ya Allah, sempat ke?? Sempat je kalau tangan kretif. Dah tu, tangan aku ni KRETIF keee??? Harusla TAK! T_T

Dapat roomate yang tak supportive langsung. Siapa lagi kalau bukan si UCEN tu! Ada ke patut suruh aku beli bunga telur. Penat aku buat bunga kertas carnation tu! Ingat senang ke? Untuk aku orang tangan tak kretif pastu pura-pura kretif di tambah sikap pemalas yang teramat memang susah lah! T_T

Benda yang DIY :

(1) Bunga telur : 200 pcs. Kalau boleh dan sempat 300 pcs. Rasa macam tak boleh. #_# Baru siap 100pcs tu pun buat time tanam anggur dulu.T_T
(2) Veil Nikah : Nak jahit beads bagai tu la. Border lace dah beli. Mahal nak mampus kat Jakel! Nasib mak aku suruh ambik. Kalau aku, TAKPE TERIMA KASIH!
(3) Baju Kenduri: Jahit beads kat lengan baju dan pinggang. Letak boarder lace and beads juga.
(4) Kad kahwin : 500 pcs. Print sendiri. Design suruh kakak kawan aku buat. hewhewhew
(5) Sticker paper bag: 2000 pcs. Print sendiri juga. Kawan kakak aku design juga.
(6) Paper bag door gift: 1000pcs.
(7) Prop: Yang misai, bibir, semua tu la. Gigih juga nak DIY!
(8) PELAMIN!!! Disebabkan aku memang tak akan bersanding just buat untuk ambil gambar. Tak tahu la macam mana.
(9) Kipas pelamin. Nak buat paper wheel. Gigih!
(10) Ermmmmm ada lagi ke? Entah la..dah weng ni nak ingat.!

Apa-apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan kahwin aku ni. Diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah. Amin.... Aku cuma ada masa malam sahaja nak diy semua ni. Nak beli barang pula weekend aje. Tapi weekend kedai kadang-kadang tutup. Pastu ada hal la. En Tunang pula kadang busy dengan race tamiya dia tu. Adoyaiii! Sabo jela!

 Eh, ni pic raya. Biasala. Thema tahun ni KELABU ASAP!Tapi adik aku yang gila duk ternganga ni marah cakap KELABU ASAP! Dia cakap SILVER. Phewwww Omputih uolssss


 Ni semua sopan santun. Yela. Pic raya kan. Mesti la Ayu, kacak, bergaya mutu keunggulan keeeennnnnn.

 Lepas je pic sopan snap terus adik aku buat gila.

 Nenek aku dah give up. Dia cakap apa nak jadi cucu-cucu aku ni. Hahaha

 Yang ni KONON cakap last-last. Aleh-aleh aku buat spoi. Semua blame on me. Hukhuk

Ni sebenarnya pic last potret Ghani's Family.Boleh adik bonget aku tu duduk ala-ala AUW SEJATI!!!Grhhhh

Tahun ni last beraya sebagai bujang. Abg aku juga macam tu. Hohoho

Ok. sekian. Laporan tahunan 2013.

Pensil/ Surat: Mohon mood baik sepanjang masa. 



Wednesday, December 5, 2012

::Happy. Excited but..... T_T::

Bismillahirahmanirahim.....
Ehemmm.... Blog private lagi? Harus la. Sebab aku tak kuasa nak remove pic yang aku boleh kategori kan *TAK MATANG*. Auuuwww.. Ok-ok, yang cuba dinyatakan dan ditegaskan pic yang aku rasa tak menutupi apa yang patut. Ia bersangkut paut dengan entry aku before this.

Yes, alhamdulillah... Aku diberi kekuatan untuk membuat apa yang aku rasa aku patut buat dari dulu lagi. Sangat happy dan ermmmm sangat excited juga! Kadang-kadang tak sabar nak keluar rumah with new lifestyle.. Wah... Gitew... Over ko nyah! Sometimes orang nampak aku pelik kot. Yela, U wearing a t-shirt yang long sleeve but in da same time, pakai hand sock juga. So, kat situ dah nampak two tone color. Macam 2tone bawal arjuma pule kan...ngehhh But do I care?? Lantak p la korang. Aku rasa sesuai, selesa tak melanggar undang-undang agama mahupun negara buat apa aku nak pedulikan orang lain kan. Lainla kalau aku kentot bersepah.

Eh, satu lagi... i'm soooooooo happy because dapat support from my bestfriend!!!! SUE AND UCEN!! YEAHHH! Last but not least.... EN.PZ juga!!! Disebabkan aku memang dah banyak baju muslimah, aku pun sekarang start mengumpul skirt! Ko nak skirt apa? Semua ado! Mati la....... Dress tu tak kira lagi.. Aiyokk! Eh.. sekarang aku start pakai shawl balik! Wah, apa yang cuba disampaikan ialah aku boleh start shopping shawll la!! Aku dah naik hantu dah niii! Bukan sebarangan shawl aku beli.. Sebab nak bidang besar, aku hanya beli shawl HALFMOON. Kalau bidang 60' lagi I liokeeee! Wah...gitew..

Ok...ok... excited, excited juga.. Happy, happy juga. PROJEK SARJANA bila mahu jalan??? Ok. stop now. Continue analysis data. 

Wassalam...