Saturday, April 30, 2011

::Tak Kisah::


Assalamualaikum....
Ni la masalah bila nak start menaip. Intro tak tahu nak taip apa. Grrrhhhh! 
Tak tahu la nak cakap kalau ada sifat TAK KISAH dalam diri ni bagus ke tak. Banyak benda aku buat tapi aku tak kisah. Tak endah. 

1) Laptop
Laptop aku sedia maklum dah jadi Mr. OKU. [Ada aku cerita dalam entry ini dan entry ini] T_T Balasan terlampau 'sopan' membelainya. Pastu mula la menyusahkan orang.If nak bawak Mr. OKU tu, mesti kena naik kenderaan yang melebihi 2 tayar. Ni aku balik Johor, Mr. Lidiman kasi pinjam Mr. Black dia. Bukan aku minta nak pinjam. Ouh. TQ dear.. ^_^/v Ni la bila ada sifat TAK KISAH. Sanggup berpelukkan ke hulu hilir bawa  Mr. OKU tu. Bukan tak nak baiki tapi susah la nak baiki.. Dah boleh guna lagi kan, so guna la sampai tak boleh guna..=p

Photobucket
Mr. Black dalam gengamanku..Hohoho


2) Handphone
Handphone aku dah lama speaker rosak. Bila ada orang call kena buat loudspeaker. Tak pun pakai earphone. Bukan aku tak nak baiki tapi dulu la [2, 3 tahun lepas] aku pernah pergi kedai, ingat nak baiki tapi tuan kedai tu cakap kalau baiki around RM100++..Emmm... Kedekut pula time tu.. Terus cancel nak baiki. So, sampai sekarang la pakai handphone tu. Dah nama TAK KISAH kan. Asal boleh message, call, snap picture ok la... >__<

3) Mandi
Sekarang tabiat aku mandi lewat-lewat. Tak kisah la mandi pagi ke, malam ke. Kalau pagi mandi nya pukul 12pm ke atas. Malamnya mandi pukul 9pm ke atas. Mak aku selalu bising. Tapi aku tetap TAK KISAH. Mak aku cakap malam jangan mandi lewat-lewat, nanti dapat sakit. Aku bidas balik, "Kalau mandi air suam tak dapat la sakit." Pandai melawan pulak..=__="

4) Bilik
Bilik aku ni bukan privacy sangat. Adik-adik aku suka suki masuk buat macam bilik diorang. Kalau aku tak ada, bilik ni macam jadi hak milik Si Gulung. Dan barang-barang dia la yang buat space bilik aku ni bertambah kecik. Pastu mula la sound aku di Facebook cakap balik rumah lambat sikit la, jangan balik rumah la. Sigh =_=". Masalahnya, aku pun TAK KISAH pula walaupun barang-barang dia menyemak dalam bilik aku. Tak ada la nak ambil pastu pergi campak dalam bilik dia. 

Photobucket
Sebelum ni ada gitar letrik je dalam bilik aku. Semalam Si Gulung lepak dalam bilik aku boleh pulak dia bawak masuk gitar kapok tu pastu tinggalkan dalam bakul aku. Hampeh! Barang-barang lain macam tu juga, pastu mula la tanya aku, Kak Nurul nampak earphone tak? Nampak USB tak? Nampak surat mara tak? Nampak tu tak? Nampak ni tak.? Uh!

5) Masak
Aku biasa masak bila aku rasa lapar. Bukan orang lain rasa lapar.  =D So, bila adik-adik aku mengadu cakap lapar, baru aku pergi masak.Macam hari ini, aku dah umpan diorang dengan breakfast burger. Aku bangun awal buat burger untuk diorang, pastu aku naik bilik sambung tidur. Pukul 12pm aku baru bangun. Haha Pukul 2pm baru start masak. Pukul 4pm siap masak. Lunch diorang pukul 4pm la. Sebab perut aku TAK KISAH makan lambat. Dan perut aku sentiasa kenyang if dapat tidur sahaja. [Buruk perangai!]

Photobucket
Minum petang untuk hari ini. Tomyam + Terung masak GEDGED + Ayam goreng pedas.

6) Perasaan
Aku kurang alert tentang perasaan orang. Maybe bagi aku benda tu simple, so buat TAK KISAH je la. Sometimes kita rasa simple, tapi orang tu dah makan hati. Auucch.. Mesti sakit makan hati tu. -__-" Kita terasa if orang buat kita, tapi kita TAK KISAH pula if kita buat orang. Adooii... Sorry sangat-sangat kepada yang terasa saya buat dia. Tak sengaja la.



Pensil/Surat: Ouh! Pamplet, poster, slide untuk presentation aku masih belum buat! Mentang-mentang lambat lagi present buat TAK KISAH pulak!


 

Friday, April 29, 2011

::Masak Makan Montel::



Assalamualaikum.....
Harini bermula lah kerja sebagai IBUBAPAK, BIBIK, SURIRUMAH dan TUKANG MASAK kepada Si Montel, Si Kurus dan Si Gulung.Ni gara-gara parents aku pergi honeymoon tanpa membawa anak2. Eh? Dah nama honeymoon buat pe nak bawa anak2 kan.. Huhu Sian kami di tinggalkan oleh ibu ayah..Tsk Tsk Tsk T_T

Parents aku bertolak pagi tadi pergi KLIA tapi flight aku tak sure pukul berapa. Yang pasti pukul 4petang sudah sampai Vietnam... Semalam mak aku pergi memborong barang2 dapur sebab kalau nak harapkan aku pergi beli barang dapur? Jangan harap! Lesen ada tapi tak reti bawa kereta. Kesian. =__=" Macam2 mak aku beli.. Ikan, ayam, sayur, buah, makanan segera, makanan kering, makanan basah.. Beratus2 juga la habis semata2 tak nak kami adik beradik kebulur. Hahaha Mak aku ni takut sangat aku biarkan adik2 aku kebulur. Sampaikan ikan mak aku dah buang isi perut. Ayam mak aku siap potong. Simpan dalam freeze. Ayooo.. Mak sayang..... INI NURUL LA. JANGAN PANDANG TAK ADA MATA. SEMUA ITU BISA SAYA URUSKAN. ^0^

Mak aku siap pesan,"Masak kena sedap2, nanti Si Motel complaint. Tomyam awak masak dulu tu yang pahit tu, sampai sekarang dia ungkit" Perghhh.. Tomyam tu aku masak zaman sekolah dulu. Lupe letak garam! Time tu memang haram jadah la aku reti masak. Boleh pulak Si Montel tu ingat. Padahal time tu dia tadika lagi! @__@"

Tengah hari tadi macam biasala.. Membongkang sampai pukul 12. Ayah aku call suruh pergi ambik Si Montel di sekolah baru aku tersedar. Tu pun aku suruh adik aku, Si Kurus tu pergi ambik. Aku keluarkan ikan. Mandi semua baru start masak. Kena masak cepat nanti Si Montel bising makanan tak ada. Pukul 2pm masak kul 3pm siap. Pakai campak2 saja. Dah berapa bulan tak mengasah skill memasak. Sejak balik rumah memang tak pernah aku masak. Mak kan ado.... =P


Photobucket
Menunya simple saje. Ikan Masam Manis Mulut Ternganga.[Wajib ternganga okey!], Sayur kobis masak campak2, Telur Dadar Terlebih2. huahuahua Menu orang malas. Asal perut kenyang sudahhhh! Rasanya?? Ni adik aku la yang cakap. " Macam mak masak je..." Uh?? *Sambil angkat kening -_^*


>Photobucket
Motif pic di atas ni?? Ha.. Tak payah la bagai nak pergi gym.. Isi je air dalam botol sabun basuh selepas tu angkat la... Ouh? Actually, aku pun tak tahu adik aku guna botol tu untuk senam. Nasib aku tak buang botol tu....=_="

Photobucket
Snap pic senyap2 dari bilik aku. Kebetulan langsir aku terselak.  Si Kurus tak tahu..Hoho

Photobucket 
Jimat duit ayah aku. Boleh kasi aku duit tu pergi shopping!! Lalala


Pensil/Surat: Menaip entry bersebelah Si Gulung. Rimas ouh bunyi gitar tu!


 

Thursday, April 28, 2011

::Cari pasal nampak::


Assalamualaikum...
Masa sekolah dulu, mesti kita fikir apa yang cikgu cakap tu betul. Kira macam Teacher always right la..Macam gitu. Tapi bila besar ni, bila fikir balik kadang-kadang ada juga yang tak betulnya.. Bukan nak mengungkit kisah time sekolah. Aku tahu, time sekolah dulu aku memang pediam, pemalu, penyopan.. [Kalau rasa nak tolong lempang dipersilakan] ^0^ Tapi ni kes adik bongsu aku yang gemok lagi comel lagi kuat merajuk lagi suka memberontak lagi kuat makan..Ok2..Stop.!

Harini adik aku  ada Hari Kantin. Jadi murid-murid kena beli makanan pakai kupon. Dan kupon tu kena BELI! 1 kupon= RM4. Ok fine. Murid-murid kena beli kupon dengan GURU beberapa hari sebelum Hari Kantin ni. Tak kisah la kan. Ayah aku kasi la duit untuk beli kupon tu. Then, masa adik aku bagi duit untuk beli kupon tu dengan guru kelas dia, boleh guru tu cakap "Beli 1 kupon je?NI LA ORANG KAYA KEDEKUT!Same je dengan Ali [Bukan nama sebenar]" Ah!???Apakah?? 

Ali tu kawan adik aku tapi dah tukar sekolah. Kebetulan ayah dia sama kerja dengan ayah aku. Masalahnya, kenapa sampai dia sebut nama budak tu padahal budak tu dah tak sekolah kat situ dah? Kenapa perlu mention ORANG KAYA KEDEKUT?? Apa masalah guru tu nak suruh beli kupon banyak2? RM4 tu tak cukup ke nak beli makanan? Adik aku pergi sekolah bawak RM2. Cukup je makan. Tak ada plak selama ni dia bersunggut duit tak cukup nak beli makanan. Siap adik aku boleh beli jajan lagi time balik sekolah. Tak paham dengan guru tu. Adik aku tu dah la gemuk, nak suruh makin gemuk ke beli makanan banyak2?? Tak pasal2 keesokkan harinya ayah aku kasi lagi duit suruh beli 1 lagi kupon. Adik aku kasi RM5 tapi boleh pulak guru tu cakap "Balance ni derma je la ye kat sekolah" Ouh? Pulak? Aish... Sebenarnya, bukan adik aku je yang pernah kena. Ibubapa lain yang kerja macam ayah aku pun ada yang kena. Entah kenapa la dia aim sampai macam tu sekali.. Aish....=_=" Tak paham den. Nak bebel lebih2 abang aku seorang guru juga.huhu
Pensil/Surat:Esok bermula kerjaya sebagai IBUBAPA kepada si gemok dan si kurus....


 

::O.K or K.O::


Assalamualaikum...
Hohoho tak tahu nak mengaku ni blog aku ke tak... Pink pulak! Font buat ala-ala budak baru pandai menulis pulak..!T__T Kita tengok je.. Berapa lama layout akan bertahan. >__<"

Actually, nak buat color MERAH+PUTIH tapi jadi PINK pulak...!

Pensil/Surat:Pontian mari. Bangun tidur update blog.^_^"