Sunday, November 14, 2010

::Aish..Mood ni::


Assalamualaikum.....
Serius tak ada mood nak mengupdate blog. Gila malas. Keji betul la mood ni! Time aku tengah busy dengan perjuangan mood nak mengupdate berkobar2. Balik je dari library mengadap laptop tangan mengetuk2 manja keyboard. Mengarang story2 yang gila banyak punya syok sendiri.  Habis je exam mood berblog menurun secara mendadak sebanyak 99.8%. [0.02% masih ada sebab tu la aku boleh update ni]
Padahal bukan aku tak buat apa2. Banyak kot aktiviti aku 2hari ni. Biasala.. Dah habis exam..[Eh..terbelagak plak...Sori la kepada yang baru nak start exam Isnin nanti.]

Aku bazirkan banyak duit. Tapi apa boleh buat taraf kehidupan semakin tinggi. Hari Jumaat di katakan weekend. Kalau di pantai timur memang la betul tetapi kalau di Shah Alam bumi yang panas ini, Jumaat itu adalah hari minggu KAH? Tak pasal2 terpaksa bayar lebih untuk karoke. Salahkan dirinya tidak memberi tumpuan ketika bersekolah.

Aku bazirkan banyak duit. Aku tak dapat install The Sims 3. So, aku pergi mencari CD The Sims yang baru. Aku beli dua CD. 1CD berharga RM10. 2 CD berharga RM20. Aku telah membazir RM20 semata2 mahu membeli CD games untuk mengisi kekosongan waktu terluang. Tetapi sampai sekarang aku tak dapat menginstall nya. Kekangan masa katanya.

Aku bazirkan banyak duit. Sejak bebas dari exam aku jarang masak. Eh? Tak sempat nak memasak kerana aku sibuk membeli makanan di luar. Jadi, duit aku mengalir bak air sungai yang deras. Apa boleh buat. Mak sudah pesan, duit habis untuk makan tidak apa2. Aku hanya menjalankan tanggung jawab yang ibunda katakan sahaja.

Ok, tajuk hanya sesuai untuk jalan cerita perenggan yang pertama sahaja. 

Pensil/Surat:  Siap juga mengupdate blog walaupun gila punya cincai update. 




5 comments:

syue said...

smua org sibuk main game the sims. i ta pnh tawu game tu mcmane. tp rajin dgr kwn2 lain main the sims tu...nt belog la cara2 main die.hehehe

Nazifa said...

wooo!
banyak duit tamo belanja org ek!
dushhh!! =p

Fnd Rocka said...

Mengecam wani kerana mengamalkan pembaziran

Fnd Rocka said...

Mengecam wani kerana mengamalkan pembaziran

Anonymous said...

dear, best ke the sim? tak pernah main la.