Monday, November 15, 2010

::Bersiap Sedia::


Assalamualaikum....
Diri ini sungguh malas. Begitu malas. Sangat malas. Terlampau malas. Bukan sahaja malas bergerak. Tetapi malas makan juga. Iksh..... Aku memang dah habis exam 11hb lagi. Tapi aku still stay di bumi Shah Alam ni sebab nak tengok rakan2 aku present untuk praktikal diorang harini. Boleh la copy diorang punya report so senang kerja aku sem depan. ^_^

Ayah aku dah chat dengan aku last wik dan WARNING! Barang2 yang perlu di bawa balik mesti siap di packing semuanya. Jangan bila dah datang baru terhegeh2 nak cari beg, plastik semua. But... Of kos la I'M  SO LAZY RIGHT NOW. Macam yang aku mention di 1st paragraph.. wakakaka... So, tadi balik je dari fakulti, aku pun gigihkan diri duk mengemas. Gila kau! Baru aku perasan baju aku banyak! Buku tak payah kira la! Kasut, heel, selipar n watever yang pakai dikaki tu berkelip2 aku tengok. Dalam hati ada niat nak cari heel lagi! Cis bedebah kau nafsu! Cik Ucen memang duk perli2 aku la sambil goyang kaki landing di tilam aku.. "Eh..Baru tahu ke baju banyak?" "Eh...Banyak ke kasut??" Aish.. Perli nampak! Dalam bilik ni memang barang2 aku la ambil space paling banyak! Diorang ada 1 drawer je. Aku pun ada 1 drawer jugak! Tapi tambah 1 bakul baju besar. =__=" Diorang semua letak buku di rak. Aku pun letak di rak. Tapi di tambah dengan aku kotak buku sebelah tilam So, space barang2 aku dua kali ganda dari rumates aku. Opsss... Baru terperasan. -___-" [Nasib diorang tak charge sewa lebih]

Esok pagi, 16hb 11 beta akan pulang teratak tercinta di Johor. Sampai Larkin abang tersayang datang ambil! Yes! Jimat duit tambang bus! Untung betul ada abang yang caring habis ni! Mak dah message2, ayah dah call2.. Aish.. Tak sabar benor nak tunggu anak emas yang rajin lagi chantek  eh anak kesayangan ni pulang ye.... [Perasan nak lebih!] 

Ayah dan mak aku tanya2 tu sebab nak make sure aku ni pulang bila. Banyak kerja sedang menunggu di rumah. [Adik2 aku dah ramai pulang..Habis la aku...] Nanti Hari Raya Aidiladha parents aku buat open house. Biasanya macam tu la. If tak pulang ke kampung, parents aku akan buat open house. Bagi anak2 buah pekerja ayah aku datang makan. Tapi kali ni... Banyak kerja sebab Hari Raya dah buat open house. Keesokkan harinya, 18hb rakan sekerja dengan ayah aku nak buat aqiqah untuk anak dia. Dia dah booking mak aku mintak tolong masak. 19hb plak aku balik Shah Alam tapi dengan ayah aku. Tak perlu naik bus! Yes! Kebetulan ayah aku ada meeting and dinner di Sunway Lagoon. So.. Semua kerja kena buat dan kemas on the spot! 

Ok2...List barang2 yang perlu di settel untuk ayah aku bawa balik 19hb nanti:
1) Baju --> Done!
2) Tudung+Selendang --> Done!
3) Buku --> Done!
4) Shoes+Heel --> Done!
5) Bantal --> Nope
6) Printer --> Nope

Ha! Paling teruk! Barang nak bawa pulang esok langsung TAK KEMAS APA2 LAGI! Gasak la kau wanie!
Dasar budak pemalas! Dish2!!Dush2!!

Pensil/Surat: Ehem2....Fyi, saya sudah dapat main The Sims Castaway... Dat's why la saya jadi malas sebab busy main game..Hikhikhik 


6 comments:

Aujinz said...

patutlaaaaa M..
main game ghupenya..
dah dah dah..gie kemas bajuuu!!!

Anonymous said...

cepat paking!
kalo x lapor kat ayah kita!

Arief Arf said...

malas gile sampai makan pun malas.
hahahah
ape lagi, start packing!
X)

Hasnah said...

meh la derma baju cantik kat asna sikit if xnk bwak balik kuikuikui ;D

Kuwe said...

kahkahkah.

balik bawak buku.

kahkahkah.

aku rasa kau boleh skip nombor tiga tu. ringan sikit kerja.

Un Phat Lee said...

haha.banyak betul barang lu.gua dulu.satu beg je untuk satu sem.hehe. :P

selamat hari raya korban wanie. XD