Assalamualaikum....
Cuti2 la aku sekarang ni... Final dah habis.. So sekarang perlu settle kan pasal rumah sewa. dUIT. dUIT. dUIT. Mana nak dapat duit kalau tak kerja? Eh.. Mintak la dengan parents. Mintak la dengan abang. Haaa... Senang benor la aku cam tu kan? [Eh.. Eh... tapi ayah tetap kena kasi elaun bulan2 ye...tak boleh skip!]
Alang2 dah stay di Shah Alam ni... Ingat nak cari la kerja part time. Dah lama la plak aku tak kerja. Dulu, ayah aku mana kasi kerja2 ni. Dia suruh duduk rumah tolong mak. Aku kalau duduk rumah sehari dua ok la. Selepas tu mula la mati kutu. Tak lain tak bukan kerja aku ialah gaduh dengan mak aku. Hakhakhak Tu cara2 nak hilangkan bosan. ^_____6
Aku sejak pindah Johor baru ayah aku kasi kerja. Tu pun sebab member aku yang satu U duduk area rumah aku. Kira ada geng la jugak... Macam2 kerja aku pernah buat. Bila cuti sem aku akan cari kerja part time.
1) Operator Kilang Shimano. Ha... Ni first time aku kerja. Kerja kilang tu wei! Korang pernah ke jadi minah kilang!?? Hoho Bagi aku kerja kilang ni penat! Penat berdiri. Mula2 kerja tu makcik2 kilang kagum dengan aku sebab aku boleh lipat kotak dengan kuat! Ceh! Ala...kerja senang...bantai bila ada shipment gelabah masing2! Sampai supervisor kena datang tolong sebab aku buat line jadi jem! :P Bagi aku, [Ni kat tempat aku kerjala] kerja kilang yang aku kerja ni sama la macam korang tengok kat tv tu. Kerja nak mengumpat. Menghasut. Mengutuk. Pastu TAK SOLAT! Ada yang solat tapi MAJORITI tak solat. Dia orang suruh kita solat tapi dia tak solat. Pelik. Diorang dah berumur tapi.......... iksh2... Mintak dijauhi sifat macam tu...
2) Promoter Billion. Yang ni kebetulan follow mak aku pergi beli barang dapur aku pun try la mintak kerja. Aleh2, harini mintak esok terus kerja! Best! Sebab kawan dengan orang2 cina. Orang2 melayu gila kerek nak mampus! Ni pun sama, aku tanya pekerja melayu mana tempat solat dia boleh cakap TAK TAHU. Bila aku tanya selama ni solat macam mana. Dia jawab "Dah tak tahu tempat solat jadi tak sembahyang la" Terkedu aku. Sebenarnye ade je tempat solat. Aku pergi tanya mak guard dia cakap di bawah. Di bilik elektrik. Alasan la tu. Aish...
3) Pembanci. Yang ni best wei! Walaupun kena berpanas, tebalkan muka tapi heaven gilos duit yang masyuk! 2weeks boleh dapat RM 1500++.. Mana nak cari? Tempat tinggal free. Transport free.. Best2~~ Kerja ni aku dapat dari lecturer aku. Dia offer. Aku dengan geng2 aku pun try la... Under Kementerian Pengangkutan Malaysia kerja sama dengan UiTM. Sebab tu la boleh gaji banyak! Cuma muka kau dengan pekerja Indon memang tak ada beza langsung la selepas kerja...=_____="
4) Penjual bunga. Yang ni baru je cuti sem lepas kerja. Kerja sambil belajar. Pagi kerja petang belajar. Best juga. 1st day gila penat + fedup! 2nd day dah ok! Hari berikutnya happy pastu kedai tu aku dengan Cik Ucen yang punya!hahahaha
Tu jela pengalaman aku kerja part time. Agak2 kalau mohon kerja jadi manager lepas tak dengan experience yang aku ada ni???^____^
Pensil/Surat: Esok mula lah sesi pencarian kerja separuh masa~~~
12 comments:
kerja pertama sy pun jual bunga....ganti tatak la...hak3~
ok pass..
esok leh mintak keje kat opis saye..
koh koh koh..
wanie,kak mie memerlukan pencuci baju,pengemas bilik,dan tukang masak...ade bran? hehehe
wahhh..kite pnh keje skali je..kedai hp.hehehee
iqA:
hahaha bestkan kerja jual bunga??hahaha ciri2 utama, mulot kena bising!hehehe
en aujinz:
sila bagi address opis ada secara detail...hahaha
kak mie:
eh..saya no hal!asalkan kak mie bagi gaji saya 4angka!hahaha demand!!
syue:
xpe..at least pernah juga kerja kan kan kan?hehe
elok la kje part time..
dpt duit sambil2 tu + experience..
wah gitu...hehe
baguih baguih!
mahu keje juge.....!
uwaaaaa!
tp pnt sdh mahu carik.
:(
huhuhuh
besh2!!!
besh kje2 nieyh
at least ada pengalaman keje..
ifa langsung xde..
ni bru nk kedek2 keje.. hehehe...
cuti nih watpe plak?
keje kilang mmg memenatkn..tp mmg betol pon ape yg cik wanie tulis...i agree...hehehehe
ajuera:yup! experience tu yang kita nak!hehehe
faradeeba:
2la..susah nak cari kerja sekarang...aiashhh..huhu
lelaki ini:
keje best part duit masuk..hahaha
ifa:
hahahaha xpe...kerja ifa kan jadi cikgu...so no hal la..hihi
ni ngah cari lagi..ingt nak keja kat jusco...huhu
jee:
owh..jee pernah keje kilang jgk ye...serius..penat keje kilang...pastu pekerja dia hampeh!
seriyes ni...ko tlg aku cr keje gak..part time je
Post a Comment