Saturday, November 6, 2010

::Tak Boleh Install lagi...::


Assalamualaikum.....
Sedih sangat! Dari 2 hari lepas install games The Sims 3 tapi tak lepas2.. Satu bar je lagi nak finish.. Tapi asyik RETRY!! Hampeh! Beribu2 kali dah tekan retry tapi still tak finish2 juga. T___T Dah la pagi khamis hari tu before keluar pergi Sunway Pyramid, rumate aku yang nak kata keji tu macam kejam la pulak tapi kalau dah keji tu keji la jugak kan?? Ada ke patut aku tengah install game tu dia boleh pergi tutup plug laptop aku! Habis off sendiri laptop!!Mentang2 time tu aku ada di dapur masak nasi lemak sorang diri! Hampeh ko GED! Kena install balik...Sob sob sob

Kalau di imbas kembali, games The Sims ni dah lama gila kot! Aku start addicted dengan game ni time sekolah menengah dulu. Time tu form 3 tak silap. Adik aku yang ke 3 pinjam cd dengan kawan dia then install kat komputer.  Selepas tu aku just upgrade je The Sims tu. Beli The Sims Hotdate, The Sims Superstar. Best gile! Sebab kita boleh ubah suai rumah, tukar2 baju yang cantik2.. uish!

Masuk diploma aku bawak pengaruh aku ni time part 3! Aku pergi install game The Sims ni kat komputer kawan aku. Bila ada je orang masuk bilik aku pastu tengok aku or rumate aku tengah main game ni, mesti diorg kapoci nak main! Hahaha Gila best! Sampai kawan2 aku pun terikut2 nak main game ni termasuk la Si Ged!

Kemudian keluar la plak The Sims 2... Lagi gempak dari The Sims 1.. Adik aku la kecoh2.. Bila aku balik rumah je mesti bagitahu aku, "Kak Nurul, hari tu orang jumpa games The Sims kat kedai tu.. Banyak sangat!" Kadang2 adik2 aku ni siap belikan game The Sims untuk main kat PS2! Aku apa lagi!Tak tidur malam la.. Siap ayah aku sound2 suruh tidur awal.. huhu Parah game ni! Pengaruh kuat!

Tahun lepas dah dapat install game The Sims 3 ni, tapi pentengahan tahun ni, pergi format laptop, terus delete folder The Sims 3 ni.. Sedih.. Sekarang nak install balik problem plak!! Dah la nak main The Sims 3 Ambition n Adventure! T___T


Photobucket
Ni THE SIMS 1 tapi yang HOT DATE!Best! Boleh pergi bandar dan makan2 di bandar. Boleh shopping! Dating!hehe

Photobucket
Yang ni plak THE SIMS 1 SUPERSTAR. Best jugak! Boleh jadi artis kau! Model.. Dancer! 

Photobucket
Selepas tu, keluar plak THE SIMS 2. Ha! Yang ni orang2 dia chantek seh! Rumah pun banyak yang chantek2!! Aku main complete semua! Ada University, Seasons macam2 la..^_^

Photobucket
Yang ni THE SIMS 2 Seasons.. Ada Winter tu yang best! Leh buat orang salji pastu main baling2 salji! Gila kau! Keh Keh Keh Tapi musim bunga pun best! Cantik je tengok bunga banyak2 kembang...

Photobucket
Sekarang plak THE SIMS 3!! Orang2 dia lagi power la! Tapi tak chantek sangat! Lebih suka orang2 yang THE SIMS 2.. Tapi lagi canggihla peralatan rumah dalam The Sims 3 ni..

Photobucket
View The Sims 3 pun lagi chantek!!hehehe

Pensil/Surat: Akhirnya, jalan ini juga yang saya pilih. So, tabahkan hati! Chaiyok2 Wanie-san!



8 comments:

Fnd Rocka said...

Org2 sims ni boleh main bola tak

avid said...

tunjuk skit gambo apa error message tu kata...biasa kalau kena camtu, spec lappy ko ada yg x lepas la kot..

best wo membesarkan 5 orang rock star dalam rumah aku...hahahaha

Un Phat Lee said...

fuyyoo.addicted sudah lu nih.ehe

Aujinz said...

isk isk isk...

parah...muahahhaa
tapi..dah tau macam mane kalau addicted ngan game..


macam Aujinz addicted ngan God Of War..tapi sayang GOW3 cuma ade kat PS3...

sob sob sob

faradeeba rosnan said...

tgok mcm best.
seb bek aku tk pnh men, kalo tk jd addicted jgk mcm ko kot.
dah la kpale pon kpale game.
keh3.

Anonymous said...

akak dulu pn main menda alah ni masa belajo kat uitm..tp nasib la xadict..hehe.

Kuwe said...

aku agak laa. budak budak suka main the sims ni, ni mesti budak sama main farmville dekat facebook ni. budak sama gak yang main travian.



kehkeh. aku sampai ke tua tak reti reti main the sims. tak paham!

Wanie-san said...

fendi:
diorg boleh main congkak lagi tau!^_^

avid:
hahaha ko pun layan game ni??xsangka ak..hahaha
error die kat sunset valley je..xtau pe prob nye...huhu

un phat lee:
apa boleh buat....sudah terjebak..haha

aujinz:
hahaha lelaki pon same..klu dh gila game mmg gila la jadinya...
GOW best ye..huhu xpernah main pun..

faradeeba:
baik ko main!nnt meroyan tau ko kalau xmain!hahaha

kak amy:
hehehe
2la..ada jgk kawan wani main x addcted sgt mcm wani..heran..huhu

kuwe:
hahahaha camno ko tahu ni???
farmville aku dah level 60lbh!pastu stop main..lalalala