Tuesday, November 23, 2010

::Saya tak ambil hati la::


Assalamualaikum.....
Zaman sekolah dulu pernah kena marah dengan cikgu? Mesti la pernah kan. Kalau tak pernah perangai korang2 ni memang tahap SUCI DALAM DEBU la! Ceh! Agak2 la nak menipu...Hohoho [Nada jeles!] Standard la kalau kena marah kan? Baru la rock. Baru la di katakan GANAS! Tapi pernah kena pukul dengan cikgu? Iksh2.... Aku selalu jadi mangsa keadaan. Bukan salah aku pun aku yang kena. Sedih gila! T__T

1) Biasa la dulu mesti ada pameran buku di sekolah rendah. Walaupun buku2 yang dijual sama saja, tapi ramai juga yang nak beli! Pelik. Time darjah 4, kawan aku nak beli buku kebetulan plak pameran buku tu waktu Kemahiran Hidup. Cikgu aku ni perempuan. Beliau memang fames amous dengan rotannya. Pakai tudung keluar jambul2 rambut kerinting beliau tu. Mybe dia rasa cun melecun dan dapat mengorat ramai cikgu2 lelaki walaupun kami nak tengok pun tak sanggup. Kawan aku pergi minta izin nak pergi beli buku. Cikgu aku kasi pastu kawan aku ajak aku teman. Cikgu aku tak kisah. Ada jugak la budak2 lain yang satu kelas pergi beli buku tu. Tup tup balik dari beli buku tu cikgu wat announcement, sesiapa yang pergi pameran buku tapi tak beli buku keluar ke depan. Ada la dekat2 5, 6 orang students keluar termasuk la AKU! Cikgu aku cakap lelaki hulur, tangan perempuan bukak kasut. Dia NAK ROTAN wei! Kena la rotan di tapak kaki! Gila kau! Tak sakit pun! Hahaha Tapi aku tak puas hati sebab aku tak bersalah kot! huhu

2) Kalau korang tak tahu... Aku ni pernah sekolah agama.. Tapi setahun je..[Malu je nak cakap..=___+"] Time form 1 je aku sekolah agama. Last minutes ayah aku hantar aku di sekolah agama sebab keputusan UPSR aku agak mengejutkan family aku... Hahaha Time aku sekolah agama ni aku tinggal di hostel. Memang best la! Tapi aku tak boleh nak terima sebab banyak subject aku kena hafal. Otak aku memang tak boleh terima la. Setahun aku bazirkan masa main2 di sekolah ni. Ada satu subject, sejarah, cikgu lelaki yang mengajar. Beliau mengajar memang syok sendiri la! So, memang biasa kelas dia aku dengan kawan2 memang buat tak tahu la. Ala.. subject sejarah.. Boleh baca sendiri kot! [Nada berlagak!]  Suatu hari tu, mybe dia dah bengang dengan aku kot. Dia hampiri aku dan geng2 aku pastu dia HEMPUK buku teks di kepala aku! Ambik kau!Hakhakhak Padan muka kau wanie! Time tu kelas memang bising gila la tapi bila dia hempuk kepala aku semua diam seribu bahasa. Aku jadi lagi mangsa. Kenapa tak hempuk kepala orang lain juga! Dish2.. Nasib tak ada effect apa2. Sejarah pun still menjadi subject yang akan wajib aku dapat A walaupun aku tak suka subject membaca.Haha

3) Selepas SPM.. Dah dapat result semua tengah happy2 la kan.. [If dapat result gempak la..Hehe] So, aku ni memang ada apply Matrikulasi. Saje2 apply walaupun abang aku dah warning if dapat matrix JANGAN PERGI! Aku ni terikut2 kawan. Diorang beli borang matrik, aku pun beli. Zaman2 aku dulu bukan macam zaman sekarang. Sekarang, kalau dapat Matrik, diorang still boleh dapat offer UPU. Zaman aku dulu kalau dapat Matrik dan kau pergi register Matrikulasi automatic nama kena BLACKLIST dari UPU sebab offer UPU akan keluar selepas students register Matrikulasi. Kebetulan plak time tu rezeki aku murah... Aku dapat la offer matrikulasi Tangkak Johor. Mak aku memang dah cakap, tunggu UPU. Jangan pergi Matrik sebab abang aku pernah belajar di matrik dan dia tengok aku cara study memang FAIL! Dia takut result aku teruk if pergi matrik. [Abang aku pandai takpo la.. Students SBP. Ceh!] So, kawan2 aku ramai la dapat. Aku teman jela diorang pergi mintak cop dengan cikgu2. Kebetulan nak mintak cop tu kena mintak dengan cikgu Add Math kitorang. Cikgu tu tahu aku boleh matrik juga then dia ada tanya kenapa aku tak minta cop juga. Aku cakap jela aku nak tunggu UPU dan tak nak pergi matrikulasi. Maybe cikgu add math aku tu pikir aku ni seorang yang tak betul pastu dia cakap, "Awak ni BODOH la Hazwani!" Setepek BODOH aku dapat! Ambik kau! Cikgu aku tu cakap kalau dah boleh matrik mana boleh UPU dah! Aku lawan la aku cakap kalau dah register matrik baru la tak boleh UPU. Dia tak percaya cakap aku. [Sebenarnye aku cuak gak time tu.] If aku tak dapat UPU mau menyesal. Tapi aku yakin dengan keputusan aku tu! Aleh2 aku dapat UPU!Hehehe Cikgu tu diam je time aku nak mintak cop untuk masuk Diploma.. Cikgu!Saya menang!Hehehe

Photobucket

Apa2 pun.. Terima Kasih cikgu sebab mengajar saya. Saya tarak ada hal punya nak cakap saya BODOH,ROTAN,HEMPUK bagi saya tu ada cara2 cikgu mengajar.  Hehehe

Pensil/Surat:Pssstt..Aku dah dapat Part time job lor!!Hehehe

13 comments:

nurmiey sabtu said...

wanie!!!
aku ingt yg mu kne hempuk 2...
mmg x leh lupe laa..takot kot, sume diam mse 2..haha~

Beruwang said...

budak baik macam tu la kan kan kan

hanie said...

dulu buleh la main hempuk2...skrg cube hempuk tgk...hahahahah

avid said...

zaman sekarang kena hempuk buku, jumpa mahkamah beb!

Wanie-san said...

mie:
aduh....mu ingat lagi ke malu2...T__T nape mu dok kena gop!ni nok maroh ni!huhu

uncle:
saya mmg budak baik tau!
haha

kak hanie:
skrg hempuk??mana boleh..sy hempuk balik cikgu..uoppppsss.. kalau cikgu tu ialah kak hanie!lalala

avid:
org lain mybe la!aku tarak hal lah!haha

syue said...

ahaha.i prnah kena sound depan ramai org gila malu T_T sebab ponteng kelas

SueNordin said...

haa...mu mmg kuaat tdo pon wanie wktu klaz...
hahahah...

Anonymous said...

eh aku dulu student suci dalam debu owkeh...


HAHAHA~

Fnd Rocka said...

Ini mendatangkan minat kpada aku untuk.menghempuk kepala kau

Aujinz said...

dok ingat ingat,

kena rotan,
kena sekeh,
kena jotos,
kena terajang,
kena rotan ngan cikgu..

tapi tetap takde hal punya.
nasib baik jadik orang..


zaman sekarang, baru kena sepak sikit dah masuk sotkabo.. manja!

Ann said...

kalo wanie masuk matrik tgkak tu, wanie junior ak la...hehe

*ak dh reg matrik, still dpt offer...dr UIA..tp matrik gak la..

nurmiey sabtu said...

aku sokong yg sue kabo 2..haha..die syg mu..2 yg die wt kt mu sorg je..hihi

MOMMY CGG said...

hi wanie san