Sunday, October 31, 2010

::Dia Datang Lagi::


Assalamualaikum.....
Hai..Saya tak pergi library harini. Salahkan Si Ged.. hahaha Tak ada la, tetiba hari ini macam malas plak. Kebetulan nak study subject mathematic je. Tak perlu suasana sunyi sepi dan hanya bertemankan bunyi2 cengkerik.Ha? Ok. Stop mengarut.

Sebenarnya, kesakitan yang dia buat datang kembali. Rasa sakit kembali. Rasa sedih kembali. Serius hari ini tak tahu kenapa datang rasa itu. Semalaman asyik bangun tidur bangun tidur. [Nyamuk punya pasal la tu!] 

Aku dah tahu reason dia tinggalkan aku. Dia cakap aku membosan kan sebab aku tak melayan lelaki lain dan dia rasa tiada cabaran dalam hubungan tu. Ok, aku bukan tak nak layan lelaki lain, dulu time aku baik2 dengan semua lelaki, dia mengamuk2 marah2 kan aku. Bila aku dah tak layan dia nak suruh layan plak. So sekarang, salah aku la tak melayan lelaki dan salah aku la setia dengan dia saja?

Dia couple dengan perempuan lain ketika hubungan kitorang masih ok dan TIADA MASALAH LANGSUNG! So, sapa yang curang sekarang???Siapa yang merosakkan hubungan? Siapa yang cari pasal?? Dan sekarang dia cakap perempuan tu macam aku. Whatthef%^&?? Perempuan tu ikut cakap dia. Setia dengan dia. Buat je apa dia suruh buat. Kenapa nak cari perempuan seperti aku lagi? Padahal dah buang aku! Shit!!

5tahun aku dengan dia tapi hanya tak sampai setahun dia jauh dari aku terus dia berubah hati. Selama 3tahun aku jauh dari dia tak pernah pulak aku nak berubah hati. Aku tak pandang lelaki lain. Aku tak melayan lelaki lain sebab aku tahu aku ada dia. 3tahun aku sanggup turun ke KL dari Jengka Pahang semata nak jumpa dia. Sekarang bila dia di Penang hati dia terus berubah. Hanya sebab kitorang tak boleh jumpa setiap bulan dia berubah hati??? Kenapa aku boleh setia?Kenapa dia tak boleh setia? Kenapa dia berjanji dengan aku tapi akhirnya dia yang mungkiri? Aku tiada paksa2 dia untuk berjanji dengan akula sebab aku tahu, sekali dia berjanji aku akan mengharap dia menunaikan janji2 dia.

Aku tahu kenapa dan mengapa perempuan tu setia dengan dia. Sebab dia ada rupa, ramai peminat dan perempuan tu memang dah lama minat dia. Tapi aku tak salahkan perempuan tu pun, tapi aku salahkan dia! Dia tamak,selfish! Semua perempuan nak sapu! 

Masalahnya sekarang, kenapa kau nak sibuk2 tahu hal aku lagi? Nak tahu siapa aku contact!Nak tahu aku baik dengan lelaki mana!Nak tahu lelaki mana usha aku!Nak tahu apa kitorang msg!Kenapa? Kau sendiri dah cakap dah TAK NAK AKU. Kau cakap kau sedih dengan apa yangberlaku kat aku. Tapi kau tak perlu sedih la dengan apa yang aku rasa sebab kau yang buat semua ni. Kau buat aku macam ni! Biar aku saja yang tempuh sendiri. Kau bahagia la dengan apa yang telah kau buat. 

Photobucket
Aku terima semuanya sebab aku tahu ada lagi yang lebih baik dari kau. Cuma aku rasa selama ni pergorbanan aku sia-sia sebab akhirnya kau berpaling tadah. Semua  cinta, sayang yang aku berikan supaya kau lebih menghargai aku rupanya hanya di pandang sebelah mata kau. Terima Kasih.

Pensil/Surat: Allah s.w.t Maha Adil. Semua yang berlaku ketentuannya. Hati aku masih sakit dengan manusia bernama LELAKI!.


Friday, October 29, 2010

::Pelajar Cemerlang!::


Assalamualaikum....
Entry semalam terpaksa didrafkan kerana untuk mengelakkan perkara tidak di ingini. Walaupun entry tersebut benar2 belaka dan di akui oleh empunya diri tetapi kerana seseorang yang entah mana datangnya  menyusahkan aku! Jangan sibuk hal orang boleh?=__=" Malas nak pikir pasal tu. Study mesti di teruskan kerana saya bahagia bersama yang lain. Eh?Macam ramai plak yang membahagiakan saya..Hikhikhik <----Gelak gedik walaupun aku tak gedik

1) Perkara yang first akan dilakukan kalau masuk library ialah mengusha mamat hensem.hehehe

Photobucket
Nampak mamat sebelah tu? Ha, mula2 letak buku, buka nota, posing dan suruh orang depan ambilkan gambar. Biarla dari belakang pun. Asalkan nampak rambut dia yang hensem tu. ^_^

2) Setelah bersenam mata di pagi hari, kita mulakan sesi pembelajaran. Jangan lupa letakkan nota2 amaran di depan supaya sesiapa yang membaca akan memahami situasi kita.

Photobucket
Nampak ni! Dah terang lagi bersuluh! So, pandai2 la korang jauhikan diri dari aku.


3) Apabila mata agak2 kuyu dah tak larat untuk meneruskan aktiviti pembelajaran, sila la buat gaya stress macam sakit jiwa.

Photobucket
Tak nampak stress ni?? Rasa nak menangis je tau!

4) Jika pelajar di depan tidak mahu meneruskan sesi pembelajaran ini. Pakat2 la ugut dia sampai dia cuak dan menangis teresak2.

Photobucket
Bagi penumbuk sikit biar dia tahu betapa pentingnya ilmu ini.

5) Perkara terakhir dan layak di lakukan jika pelajar2 suka tidur ketika study ialah menulis note2 cinta yang buat dia suka dan terharu setelah bangun dari tiduran.

Photobucket
Contoh nota2 cinta yang boleh di tulis.

Photobucket
Letak di depan beliau. Ini juga bertindak sebagai warning kepada sesiapa yang membuat bising dan suka bertanya kenapa beliau suka tidur.

Photobucket
Tetapi jika beliau masih tidur dan terus tidur, buat la apa nak buat pun. Tukang tidur merelakan kesemuanya....


Pensil/Surat: Hepi gila hari ini!!! Thanx uolssss ^__^

Thursday, October 28, 2010

::Beremosi::


Assalamualaikum...
Taip2 delete.. Taip2 delete. Idea? Ada. Seperti mahu menceritakan sesuatu. Tapi tak tahu macam mana.

Walaupun dia bukan yang terbaik tetapi dia mengambil berat tentang saya.
Walaupun dia menyakiti hati saya tetapi dia tidak dapat kehilangan saya.
Walaupun dia punya kekasih hati tetapi dia tidak mahu lost contact dengan saya.
Walaupun dia cakap dia bosan dengan saya tetapi dia masih cakap sayang saya.

Dia seorang yang sangat2 ....................................... [Tak boleh diucapkan dengan kata2]

Dah la. Tak ada mood tetibe.

Pensil/Surat:Tidur.

Wednesday, October 27, 2010

::Terlajak Perahu boleh Di Undur::


Assalamualaikum....
Orang cakap kalau naik kereta kalau terlajak jalan boleh kita reverse kan. Terlajak moto boleh reverse tak??Ok2...Kalau kita tersalah study macam mana??

 Hari ini memang plan nak pergi fakulti aku. Yela....Sebelum ni study di library. Library tu plak di fakulti Sains Gunaan. [Ex-Fakulti aku jugak la tu] Kira macam menumpang di fakulti orang la..... Ceh! [Jangan emo Wanie]. Alang2 dah pergi fakulti tu, nak tengok la tempat exam di mana. Bila check satu2 hari, waktu, tempat, subject.. Terus rasa macam naklempangdirisendirije. 3hb bukan subject Risk Management yang aku beria2 study semalamla!!! 3hb ialah paper Islamic Banking! OMG! Rasanya terharu gila...+___+" Adakah usaha aku study bersungguh2 dan menghafal sampai terlentang2 semalam berbaloi2???

Selepas tu terus naik lift pergi ambik surat tawaran praktikal pastu turun bawah balik pergi check lagi sekali. Ok, rupanya saya memang tidak bermimpi. Apa kes! Aku dah penat2 bawak buku Risk Management pastu ingat nak terus pergi library tapi bila sudah berlaku perselisihan faham di antara otak aku dan website UiTM, terus kena tukar plan. Balik rumah tukar buku pastu baru pergi library balik! Ingat naik motor tu guna minyak masak ke? [Emo lagi]

Tapi! Balik je rumah, buka je pintu contact lens pun jatuh! Dah macam orang buta duk terkial2 mencari lens! Terpaksa pakai contact lens color! Gila tak suka! $___$ <---Motif???Owh.. Tanda nak suruh ayahanda bank in kan elaun la tu. huhu


Pensil/Surat: Penjimatan duit terus berlaku. Sesi masak memasak bermula  hari ini.

Tuesday, October 26, 2010

:Tak Pernah Buat ok!::



Assalamualaikum...
Ehem2.... Saya rasa rumate saya sudah tahu tujaan entry pada kali ini. Sudah beberapa kali kePERLIan mereka terhadap saya kedengaran. Sejak semalam Si Ged menunjukkan kekaguman. Cik Ucen memang dah tahu niat saya ini sejak sebelum final exam lagi tetapi beliau tidak tahu saya mampu melaksanakan atau tidak niat murni saya itu.. hehe

Ok2... Sebenarnye sejak sekolah lagi tak kira la sekolah rendah ke menengah ke time masuk U ke aku TAK pernah study di library. TAK PERNAH. [Nampak tu.. Caps Lock lagi...] Kalau pergi library tu biasala. Pernah la. Tapi untuk pinjam buku je [Boleh kira jugak berapa kali aku pinjam buku...huhu] Eh, pernah juga sekali study di library ikut Cik Ucen tapi tu pun separuh hari. Pastu mata dah mula kuyu, rasa nak terbabas je kat library tu. Esokkan dah serik pergi library. So, tak kira la..hehe Tapi hari ini cam cipta rekod lak, aku dapat bertahan di library dari pagi sampai lewat petang. Kagum tak? Kagum tak? Pastu berkobar2 nak pergi lagi esok!>___< 

Sem ni kan last sem untuk kuliah, so aku takut la ada TERrepeat paper ke sebab sebelum2 ni tak pernah repeat, kang tak pasal2 final year ni repeat lak, jenuh gak aku. Dah la sem depan praktikal.. Mintak2 di jauhi la... Nak kata sem lepas pointer teruk tak. 3above juga. Tapi mungkin dah dapat seru kena study di library kot.hehehe

Aku bukan tak nak study kat library.. Orang cakap study kat library tenang..Damai.. Boleh cuci mata.. Boleh usha mamat ensem.. Eh..bukan saya cakap. Orang cakap. Saya kan tak pernah study d library, so saya tak tahu benda2 alah tu.. [Poyo la kau wanie] Ok2... Aku ada reason sendiri kenapa tak mahu study di library dan lebih selesa study di bilik :

1) Dah terbiasa dengan suasana bilik. Kalau pergi library kena take time plak nak sesuaikan diri. [Mengada]
2) Malas nak bangun awal pagi pastu bersiap2 pergi library. [Sayang tidur sebenarnya]
3) Tak boleh study dalam suasana diam, rasa macam nak di ulit mimpi je. [Keja nak tido]
4) Nanti penat duduk seharian dalam library pastu nak borak pun kena slow2 takut kena sound. [Mulut bertih jagung]

Sebenarnya semua tu boleh di atasi. Tapi kalau dah memang suka duduk kat bilik, study sambil golek2 atas tilam, dengar earphone, nyanyi kuat2 mana la boleh pergi library! Tak pasal2 baru nak masuk dah kena halau dengan Abang2,kakak2,Pakcik2,Makcik2 library tu.. ^_^


Photobucket
Cik Ucen jangan tengok saya macam tu.. Tahu la kagum dengan saya...^___^


Pensil/Surat:Sejak akhir2 ni, perut asyik lapar je. Apa kes!


Sunday, October 24, 2010

::Sekarang dah Maju::

Assalamualaikum...
Baru sampai rumah petang tadi. Penat sangat. Walaupun bukan aku drive tapi penat duduk dalam kereta. Nak tidur tak boleh sebab ayah aku mengantuk tapi degil tak nak kasi mak aku drive. Ayah aku jenis tak percaya sikit kalau mak aku drive. Padahal mak aku tiap2 hari drive pergi ambil, hantar adik aku sekolah. Pergi beli barang dapur. Bayar bil. Aku tak paham betul. Biarla ayah aku mengantuk macam mana pun tapi still nak drive sendiri. Aku ni cuak la sebab ayah aku ni bila dah mengantuk dia drive sampai meter cecah 140km/j. Di ibarat ko jalan atas angin. Tu kat jalan biasa, jalan kampung. Kalau kat highway tahu plak stick kan 110km/j pastu kaki rehat. Iksh.. Memang aku tak paham.

Pergi makan angin kat Melaka tapi biasa2 sahaja sebab hanya aku dan adik bongsu je follow. Adik beradik lain ada hal masing2. [Ceh,macam la adik2 lain dah kerja dan ada family sendiri!] Just naik boat je malam semalam selepas makan ikan bakar di Muara. Ikan bakar dia pun biasa2 sahaja. Melaka kan dah dapat status Negeri Maju. Tapi jem di mana2 memang tak dapat di elakkan. Aish... Naik boring duduk dalam kereta pastu jalan macam siput khinzir. Rasa nak balik hotel tido je. Lagi best. Lagi bertambah maju, lagi bertambah kereta, lagi bertambah sesak di jalan raya. =___+"

Macam henset jugak, lagi bertambah canggih lagi mudah rosak. [Eh? Tu henset kau je wanie!] Henset aku dah 3tahun aku pakai. Tapi dah 2tahun dia buat hal. Kalau orang call kena buat loudspeaker, kalau tak ko bercakap dengan tunggul kayu la. Pastu pandai2 la ko maki henset tu. Tapi aku prefer pakai earphone la. So xdela aku mencapap sangat suruh semua orang dengar. Tapi earphone aku pun dah macam kena gigit tikus. Nak cakap beli yang tak original tak jugak. Dah la earphone yang dulu kena gigit si Ali. Kucing yang lincah dan nakal! Habis earphone aku jadi bahan mainannya.. 

Tapi duk usha2 earphone tadi terjumpa earphone ni. Macam best. Teknologi bertambah maju so earphone pun dah jadi bermacam bentuk. Bagus. Kat mana nak cari ni?

Photobucket
Cool gila kot yang ni!Suka2!!



Photobucket
Yang ni macam pakcik datang tolong menjerit kat telinga je.

Tapi...Ni brand Samsung... Nokia tak mahu buat juga ke??T___T

Pensil/Surat:Esok UiTM start final exam. Gud luck untuk sesiapa yang ada paper esok! Especially my rumate yang gedik. NURAZREEN ROSLAN!Aku lambat lagi. Sebab tu la relax..:P

Friday, October 22, 2010

::Tunjuk Teladan yang Baik::

Assalamualaikum.....
Nak taip blog dari pukul 8pm lagi tapi mak dengan ayah ada plak di belakangku. Malu la ai... Saya kan memang sedia ada pemalu...=__=" [Shut up u wanie] Okeh2... Tadi ayah sudah sound, ayah pesan esok kena bangun awal nak pergi holiday di Melaka. Kalau bangun lambat kena tinggal. Ayah ni, ugut saya. Ingat saya ni budak2 kecik ka? Saya dah besar la. Sudah pasti ayah takkan tinggalkan saya. Sudah pasti pagi esok ayah ketuk pintu bilik saya. Sudah pasti ayah tak sampai hati membiarkan saya bersiap2 cepat dan selekeh. [Kadang2 confident saya tinggi menggunung dan boleh menjahanamkan kerjaya saya sebagai anak yang solehah]

Petang tadi masa di habiskan dengan berborak dengan mak. Bertukar2 cerita. Bergelak ketawa. Sudah lama tidak melakukan aktiviti tersebut dengan bonda tersayang. Kan saya sudah cakap, sekarang saya bahagia kerana budak2 sekolah dan tak cuti sem lagi. Cuba lihat 2bulan lagi, saya sudah pasti menjadi bibik kerana di buli oleh adik2 yang SANGAT BAIK. 

Beborak2 sampai la satu topik ni, pasal kisah adik yang bongsu. Dia sorang memang tembam, kulit memang gelap walaupun kulit kami adik2 beradik yang lain pun gelap tapi dia punya kegelapan tu lebih sedikit. Errkk? [Tak payah cerita lanjut pasal kegelapan] Mak bagitahu adik pernah balik dari sekolah dan dia mengadu yang ada seorang cikgu ni cakap dia gelap dan macam anak INDIA.whatthe^%$#. Geram juga la. Bukan tu sahaja, di tuisyen juga, cikgu yang sama, dia ada mengata adik aku dan 3lagi budak yang lain. Yang ni aku tak sure kisah apa plak tapi adik aku mengadu kat mak aku jugak sebab adik aku jenis suka bercerita apa yang dia pendam. Siap kawan adik aku boleh pertikaikan KENAPA CIKGU MENGATA DIORANG DARI SEKOLAH SAMPAI KE PUSAT TUISYEN? Budak tu bukan sekolah menengah pun. Sekolah rendah lagi. Mestila terasa. Sampaikan adik aku boleh bertanya kat mak aku, KENAPA  SIKAP CIKGU MACAM TU KAT ADIK? 

Serius, bukan aku nak backup adik aku or what. Abang aku juga seorang guru. Budak2 sekolah menengah lagi degil dari sekolah rendah tapi abang aku tak ada plak nak mengata apa2. Cuma macam terkilan la seorang guru SEKOLAH RENDAH berkelakuan macam tu. Nak kata bergurau?? Tapi bagi aku bukan tu caranya. Bukan sekali tapi banyak kali. Adik aku bukan jenis melawan dan jenis matang walaupun darjah 5 sebab abang2 dia semua dah besar so kitorang tak ada nak manjakan dia sangat. Mainan pun kitorang tak kasi beli. Cakap membazir. Dia akn turuti sahaja. Kadang2 adik aku ada bertanya, GELAP SANGAT KE DIA? Bagi aku tak ada la hitam legam pun tapi sebab dia sedikit gelap dari kitorang, that's why la kitorang cakap gelap. Padahal normal macam biasa sahaja. Tak ada pulak cakap dia anak India ke Bangla ke.

Aishhh... Sabar jela. Tapi yang pasti adik memang gemuk+tembam! Suka peluk! Macam teddy bear!Owh lupa mahu kasi tahu. Adik aku yang ke 3 tak gelap. Memang tak ada dalam kategori adik beradik berkulit gelap. Dia putih melepak kemerahan macam anak angkat. Eh? Ok2...Macam anak mat saleh. Grrrr.. Kenapa aku perlu jujur di sini??


Photobucket
Gelap kah?Okeh tak clear sangat kegelapan. Yang pasti keMONTELAN.huhu


Pensil/Surat:  Malas gila nak kemas baju!

::Susah nak Ubah::

Assalamualaikum...
Sekarang kalau nak online mesti malam2 saja boleh.Kat rumah aku memang pakai streamyx, wireless lagi. Tapi disebabkan laptop aku teramat canggih. Daripada LAPTOP bertukar kepada DESKTOP, so sekarang aku terpaksa  la menanti kepulangan ayahanda pulang dari kerja dan menentukan waktu untuk online. Sebab adik aku sibuk jugak nak online! Komputer yang ada di rumah ni tunggu masa masuk muzium saja.Eee...time tak pasang wireless, laptop bukan main banyak tapi tunggu turn nak mencucuk wayar je kat laptop masing2. Sekarang.HAMPEH!=__="


Sekarang ni aku nak ubah jadi peramah la plak. Nak jadi pelembut. Nak jadi pendiam. Nak jadi penyopan. Mesti ramai orang kagum. Errkk?? Motif nak bertukar sifat. Betul la.. Aku tak pandai nak beramah mesra dengan orang. So macam mana aku nak menambah kenalan?Ceh!


 Kalau tengok telefon aku boleh kira no telefon lelaki berapa kerat sahaja. Kalau ada pun bukan aku message. Yang perempuan banyak pun aku tetap tak message kalau diorang tak message aku. Nak salah kan orang tak message aku or kena salahkan diri sendiri sombong nak mampus bajet diva?owh?=__="


Tak payah tengok kat henset  pun tak pe. Tengok dekat YM. Semua yang ada dalam list tu kawan2 yang satu bilik, best friends. Kawan2 lain tak ada. Sangat bongkak. Tak nak serabutkan YM dengan list orang lain.Aku kan diva!=__="

Kalau kat Facebook pun sama. List friends ada 5! Kawan sekolah rendah, Menengah, Uitm Jengka, Shah alam, blogger. Baik kan. Orang tak kenal semua aku DELETE and IGNORE. Biasala tak nak serabut kenal orang. Buat pening sahaja. Perasan diva orang nak kenal sangat?=__="

Macam mana nak jadi peramah kalau perangai berasa DIVA? Aku bukan diva tapi aku DATIN.ceh!  Sebenarnye aku dari dulu sampai sekarang tak pandai nak beramah mesra dengan orang especially LELAKI.
1) Aku akan jadi pendiam.
2) Dah kenal aku jadi kasar.
3) Tak ada idea nak borak apa.
4) Segan gila sebab rasa ada je tak kena.
5) Rasa sejuk seluruh badan.
6) Muka akn tunduk je.
7) Mata melilau kat lain time borak.

Kesimpulan nya, baik LELAKI mahupun PEREMPUAN sifat aku akan berubah 100%. Serius! Tapi bila dah kenal boleh jadi sawan sorang2. Sebab tu la semua rumates aku bakal menghuni Hospital Tanjung Rambutan tak lama lagi.Kesian.-____-"


Photobucket
Rasa2 nak bagi pelampang tak budak yang rasa DIVA ni?


Pensil/Surat:Lusa pergi holiday. Ada peluang nak mengepaw ayahanda.


Wednesday, October 20, 2010

::Lima vs Satu::


Assalamualaikum.....
Pagi tadi rasa berilmiah sikit. Sikit je. Tak banyak. Semalam mak offer pergi usrah. Mak memang selalu pergi usrah setiap hari Rabu. Alang2 aku dah balik ni, adik2 pulak pergi sekolah, mak pun suruh follow pergi usrah la. Tak kan nak tolakkan. Pergi tempat elok. Best dengar ceramah agama ni. Walaupun setiap kali kuliah pagi, aku memang suke kecilkan mata pastu buat konon2 baca buku tapi time dengar ceramah tadi tak mengantuk pun.Ustaz tu kelakar. Kalau orang tanya mesti ustaz jawab direct pastu kalau salah dia memang sound depan2. Dia cakap bab agama tak boleh main2. Kalau dah salah memang salah. Kena terus berubah. Tegas!Hohoho Walaupun sekejap je tapi rasanya banyak juga ilmu yang dapat. Alhamdulillah...

Biasanya aku tak ikut sebab adik2 aku ada kat rumah. Bangun pagi kena buat breakfast untuk diorang. Mak tak sempat nak buatkan. Kadang2 aku buat breakfast tu sama waktu mak aku dah balik usrah. [Eh? Anak tak guna betul aku ni! =___="] Kali ni cuti best woooo.. Adik aku dua orang tu pergi sekolah. Tak payah buat breakfast. Terus masak untuk lunch! Lunch wajib masak before adik bongsu balik. Dia kuat makan. Tak boleh makanan tak ada. Nanti mengamok. Aishh.. Kenapa la dia sorang je kuat makan..

Nak cakap susah ada adik2 lelaki ni tak jugak. Tapi kalau datang perangai keji sorang2, memang teruk juga la. Time datang batu api nya, kuat makannya, berebut barang, bergaduh, mengutuk. Memang rasa nak balik Shah Alam duduk sorang2. Aku sorang je perempuan pastu ada adik2 lelaki plak 5 orang. Bab masak mak aku mesti suruh aku, takkan nak suruh adik2 aku lak. Tapi adik aku yang ke 3 n 5 pandai masak! Western food gile TERER. Aku pun kalah! =__=" Tapi abang aku dengan adik aku yang ke 4, HAMPEH! Bagi la kuali ke, senduk ke, memang tak tahu guna! Tapi diorang ni la yang kuat makan!Dah la tak tahu masak LANGSUNG tapi bab makan diorang la JUARA!

Bab keji seorang2 memang teruk! 
1) Adik aku yang ke 3, mak aku tengah berleter pot pet pot pet. Dia datang depan aku pastu tunjuk gaya mulut mak tengah berleter. Dia dah hafal semua ayat mak aku berleter. Aku apa lagi gelak guling2 la! Cara ayah aku drive sambil korek hidung pun dia tiru. eh?kenapa cerita?huhu Gaya ayah aku pukul pun dia tiru. Memang keji dia ni sorang.

2) Aku pantang kalau berus gigi aku basah selepas adik2 aku mandi. Mesti aku akan soal sorang2 siapa yang guna berus gigi aku! Mesti tak ada yang mengaku. So, aku akan tanya sorang2 mana berus gigi diorang. Yang tak boleh bla, adik aku yang ke 3 jugak, die confident jawab berus gigi dia yang dah kembang. Padahal berus gigi kembang tu adik aku yang ke 5  memang buat cuci celah2 mangkuk jamban!Gelak guling2 lagi kitorg! Dia cakap dia terlupa bawa balik berus gigi so dia guna jela berus gigi tu. Dia tak tahu berus tu guna untuk cuci celah mangkuk tandas!Hohoho Padan muka!!

3) Mak mesti berleter kalau aku tak lipat baju adik2. Dah la diorang ni malas lipat baju! Aku juga la yang kena lipat. Tapi aku memang xsuka lipat baju! So, aku akan agih2 kan baju diorang. Aku buat 4tompok. [So, aku tak payah lipat...hehe] Nanti diorang datang aku akan sound suruh lipat baju masing2 yang aku dah agihkan. TAPI mesti ada je yang tak kena, mesti ada yang cakap bukan baju dia la, baju ni dia dah tak pakai la, bagi kat adik la. Pastu adik lak cakap bukan la, baju tu besarla, tak padan dengan dia la..la la. la. la. la. Sigh... Banyak karenah! Tapi bila kita lipat pastu letak dalam drawer diorang nanti dia pakai je! Pastu mula la cakap ni baju dia la, kenapa adik pakai. Aip2!!Time lipat tak nak mengaku! Luku kang sekor2!!

4) Bab beli barang pun mesti sorang2 dengki! Nanti buat la ayat "Bestla dia ayah belikan..." Memang kalau perangai dengki tu ada, tak boleh lari la. Kalau nak beli barang, sorang2 demand! Tak nak yang murah2, nak yang mahal2. Eeee.. Time ayah beli kan barang2 aku pun  diorang boleh dengki! Pastu mula la cakap aku ni selalu la beli barang2. Dah banyak kat rumah. Padahal harga 3barang aku bersamaan dengan 1barang diorang. Ha!mana la tak banyak. Aku beli yang murah2. Korang beli yang mahal2!Uh!

Tapi disebabkan aku ramai adik beradik lelaki la aku percaya LELAKI TAK SEMUANYA PERANGAI SAMA. 
Abang aku, tegas, baran tapi baik, suka bercerita.
Adik ke 3, kelakar, romantik, sensitive, bersemangat, pembuli.
Adik ke 4, pendiam, bijak, suka mengutuk dalam diam, tak hirau hal orang.
Adik ke 5, degil, kuat melawan, otak kretif, suka bergaduh.
Adik ke 6, kuat makan, sensitive, suka budak2, manja.

Pensil/Surat:Study week di bazirkan dengan menonton TV.Bagus!



Monday, October 18, 2010

::Kadang Ada Penting jugak::



Assalamualaikum.....
Pagi tadi celik mata tetiba rasa macam ada di tempat asing. Pejam celik pejam celikbanyak kali tetiba tersenyum... ^___^ Owh..saya kan sudah tiba di Johor di rumah kazen ku. hihi Nanti akan pulang ke rumah plak. Semua ni gara-gara cirit birit la. 

Abang aku ada kursus di Subang so dia nak datang ke Shah Alam sebab nak ambil camera. Aku cakap nak balik sekali sebab sakit. Abang aku cakap tak kisah jom. Wa.....Ingat dia tak kasi ikut. Tapi dengan syarat la. Dia hantar rumah kazen aku je la sebab dia tak larat nak drive balik rumah parents aku. Hari ni dia kena mengajar. Malam tadi pun sampai dah lewat, pukul 2pagi. So aku selaku budak yang paham bahasa cakap, OK!TAK KISAH!hehe

Nasib semalam walaupun still sakit perut aku pakai pakaian tak adala nampak gaya orang sakit.huhu [Rumate aku dah sound cakap duduk dalam kereta je kot] Abang aku berhenti dekat R&R Seremban. Kawan2 dia ramai plak. Perghhh malu gila aku. Kena la cover malu2 tahi kambing. Siap tanya2 aku ni siapa...=___=" 

Ada abang ni untung juga sebenarnya. Tapi kalau jarang2 jumpala. Kalau selalu jumpa boleh jadi musuh ketat sepanjang hidup la.Eh? Yela..Lebih2 lagi kalau abang dah kerja...^v^<---Senyum keji... Boleh paw duit. Boleh pura2 nak pinjam duit tapi janji nak bayar selepas dapat kerja. Pandaikan?Padahal nak kerja lagi setahun dua. [Adik aku punya taktik la tu.] Pastu kalau nak balik kampus boleh buat pujuk rayu suruh hantarkan.Wink2..Suke lagi. Kalau nampak benda2 mahal tapi tak mampu nak beli, buat2 cerita best kat abang. Nanti dia pun beli la. Macam DSLR,PSP. Best kan? Abang tak guna tu semua. Adik2 dia yang guna.. Heaven gilos~ Kalau abang tak nak topupkan kredit boleh buat ayat "Dengan adik beradik mengira" Mak pun pasti sokong kami. Abang kan abang..Hahaha Abang bagus. Dah la tak pernah curang dengan GF. Eh? Ada kaitan?????Hehehe

Aku ada abang.Korang ade ke????<---Nada berlagak~

Pensil/Surat:Tak pasal2 kena buli dengan ayah malam ni..huhu



Sunday, October 17, 2010

::Sakit juga ye::


Assalamualaikum...
Semalam aku bertarung dengan cirit birit. Sakit juga ye cirit birit ni. Sebab tu la ada yang kena tahan di wad. Kena masuk air. Sekarang ni pun masih sakit2 perut lagi. Kalau beranak lagi sakit daripada cirit birit sure aku surrender tak nak mengandung.. [Oit2..jadah duk cerita pasal mengandung?Kawin pun belum!] Masuk toilet tak kurang 3kali setiap setengah jam. Last2 tak larat nak melayan sakit perut, aku pun tidur. Tapi boleh plak tengah2 tidur dia datang menyerang. Rasa nak pitam plak. Mak call suruh pergi klinik tapi masalahnye kereta mana ada. Mak nak call suruh pakcik datang ambil. Tapi dah pukul 10.30pm tak nak la menyusahkan orang. Reda jela.

Cik Ucen bagi minyak Yu Yee cap limau. Kurang sikit. Cik Ged bancuhkan nestum. [Biarla pun tawar aku redah jela minum]. Cik Farah beli kan ubat taik kambing. Tak pernah2 kena makan, so semalam first time makan. Perghh..Dah la kena telan semua. Pasrah. =__=" Tapi yang boleh menambah sakit perut+hati ni ada plak orang tu call buat bertambah sakit hati. Rasa nak baling je fon kat dinding biar pecah. Orang tengah sakit2 dia buat tak paham bahasa pastu perli2!

Whateverla... Saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada rumate kerana membantu saya dalam menyelesaikan masalah cirit birit. Serius!Tak nak kena lagi!Masalahnye, kenapa aku sorang je yang kena?Kawan2 aku tak ada plak kena. Padahal makan makanan yang sama je....T___T


Pensil/Surat: EEeee...Bila la nak balik rumah ni. Tiket tak beli2 lagi.huhu





Saturday, October 16, 2010

::Kejap Je Dah Habis::


Assalamualaikum......
Kagum plak hari ni bangun pagi solat subuh pastu mengadap laptop. Kalau tak, bangun pagi solat subuh sambung tidur. Biarla kelas pukul 8.30am pun. Bantai tidur jugak! Bukan paham bahasa pun aku ni. Assignment tak siap pun tidur juga. Konon nak bangun awal la pastu buat sambung buat assignment. Tapi HAMPEH!=__="

Tapi tu dulu la. Insyaallah sem depan praktikal. Pastu habis. Grad. Member2 yang tak ada praktikal semua sem ni last. Tinggal la aku dengan member2 yang ada praktikal je. Sedih plak. Dari diploma sama-sama. Pastu sambung degree sama-sama cuma lain-lain kos saja. Aku je la yang lari ke fakulti lain. Diorang masih setia dengan Fakulti Sains Gunaan (FSG). Duduk rumah sewa sama-sama. Cerewet cari rumah sewa, round2 pusing2 Seksyen 2 dan Seksyen 7 Shah Alam semata2 tak nak menyewa kat Flat dan Pusat Komersial. Nasib selalu menyebelahi kitorang. 2kali dapat duduk rumah sewa 3tingkat. Semua kawan2 lain kagum macam mana kitorg boleh dapat rumah ni. Hehe 

Pejam celik pejam celik tinggal sebulan lebih je lagi. Selepas tu masing2 bawa diri. Aku memang confirm2 balik Johor, praktikal kat sana. Bila lagi dapat jumpe.. T___T  Dah plan macam2 nak buat selepas final nanti. Apa2 pun rumate tak nak sedih2 lagi sekarang. Malas nak memikirkan apa yang akan berlaku sebulan akan datang. Btw, Gud Luck to Students Uitm. Study week dah start. U lain tak start lagi. Awal la plak uitm study week. First paper aku lambat 2hb Nov. Member2 lain semua 25hb Oct. Memang nak struggle betul2 sem ni. Nak lupakan apa yang berlaku beberapa bulan sebelum ni. Semua tu bukan penghalang buat aku. Aku bukan jenis bila ada problem pastu effect aku punya study.  So, Gambatte Kudasai mina-san~~~

\^_______________________^/



Pensil/Surat: Hari ini ada finishing school malas nak pergi  tapi kena pergi. Jangan malas2.Huhu

Friday, October 15, 2010

::Saya TAHU!::


Assalamualaikum...
Menaip entry ketika kerja masih menimbun! Gila apa. Assignment ada lagi tak siap. Mentang2 baru siap buat slide presentation. Panas. Penat. Mood kureng sikit tapi sempat jugak la buat gila dengan rumate. Sampai diorg pun jadi gila sekali. Iksh..Kesian.. =___="

Semalam mak call. Ingat tak nak bagi tahu pasal diri aku. Just nak bagi tahu pasal offer tempat praktikal je. Tapi mood mak cam baik je semalam. Siap leh buli2 suruh mak call balik. Aku cakap kredit tak ada. [Alasan!] Mak pun call la balik. Borak2 pung pang pung pang aku pun terkeluar la satu ayat..."Mak. Kita dah tak dengan S***." Mak agak terkejut lepas tu mak jawab dengan nada slow dan seperti memujuk "Kenapa?Awak ada orang lain doh ke?" Aku tahan sebak, kawal perasaan menangis sebab tak nak buat mak rungsing [sebenarnye ego!] Aku pun cakap "Sebab mak la!" Mak aku dari nada soft giler babeng terus tukar jadi ganas! "Kenapa lak sebab mak!Awak punya hal jangan libatkan orang" Aku gelak je!Hahahaha Tak pasal kena sound! Tapi pastu mak suruh jangan pikir sangat hal tu. Pikir nak habiskan sem ni je. Aku tak pernah nak mengadu pasal dia kat mak. Just yang penting2 je aku akan bagi tahu. Apa2 hal pasal dia, ayah je akan tanya.

I know.. Mak walaupun sebenarnye langsung tak caring dengan aku depan2. Mak sahaja tak nak tunjuk. Tadi mak message tanya bila aku nak balik. Padahal semalam dah call dah cakap. Aku tahu mak aku risau pasal aku. Mak jarang message or call aku sebab apa2 hal aku lebih kepada ayah aku. Ayah je akan message or call sakat2 aku. [Kita ok mak.Dun wori..=} ]

Mak dulu dengan aku sangat2 tak close. 
1) Aku mesti rasa mak tak sayang aku. Mak lebih sayang kan abg. 
2) Selalu gaduh dengan mak sampai pernah tak bertegur 3bulan.Gila!
3) Kalau sakit time kecik2, ayah je akan sapu ubat. 
4) Selalu kena berleter dengan mak. Pastu hempas pintu. Sepahkan bilik. Tido. Bangun tido terpaksa kemas balik.Bodoh lak rasa.
5) Pernah rasa nak guna duit biasiswa tebuk dinding bilik, buat pintu keluar semata2 tak nak jumpa mak.Bodoh lagi aku ni.

Tapi semua benda tu berlaku sebab:
1) Aku malas belajar. Time exam aku sangat malas study. Tengok tv.
2) Malas tolong mak masak. Suka gaduh dengan adik2. 
3) Suka melawan cakap mak. 

So, mak aku ada reason la kenapa naka marah aku kan?hehe

Tapi bila dah besar, bila berjauhan dari mak. Bila dah masuk U. Mak mesti call aku kalau ada benda2 nak mengadu. Kadang2 benda tu mak yang patut nangis tapi aku yang nangis dulu sampaikan mak stop mengadu sebab tak nak bagi aku nangis lagi. Mak sangat kuat. Tak pernah aku tengok mak menangis. Respect! ^__^7 Dulu nak cium mak segan, sekarang nak cium mak pun dah tak kisah. Mak kan best friends saya. Tempat saya mengadu ketika susah dan senang. I LUV U mak~~ ^v^



Photobucket
Mintak ampun... Eh??Ni bukan my mum.. Ni my aunty ye..hehe


Photobucket
Okeh..Ni baru betul. Berlakon semata2 nak ambik gambar. Tergelak2 kitorg.hehe


Pensil/Surat:ESOK LAST KULIAH!PASNI TAK JUMPA DAH LA QUIZ,TEST,ASSIGNMENT.huhu



Thursday, October 14, 2010

::Thanx Awak.Saya Suke::


Assalamualaikum....
Pagi tadi saya memang dah plan nak pergi binding pastu pergi makan roti canai telur. Saya nak pergi sorang, tapi saje2 la tanya awak nak pergi ke tak. Awak cakap nak. Saya suka. Tapi rupanya ada udang disebalik mee sup. Awak suruh saya teman pergi pejabat pos. Cis! Tapi tak pe. Asalkan awak layan saya makan roti canai telur. Suke2!!

Bila balik rumah. Saya dapat message yang kelas pukul 4 cancel. Itu bermaksud, saya tak ada kelas langsung la hari ini. Saya cakap kat awak. Awak suka! Oh!Rupanya ada seekor udang lagi dalam mee sup. Awak nak ajak saya pergi tasik jalan2 sambil snap2 picture petang nanti. Saya malas nak pergi sebab panas. Tapi saya kasihan jugak kat awak. So saya pun pergi la.

Saya dah plan nak pakai tudung macam tepek2. Walaupun ada orang tak suka saya pakai macam tu dan dia panggil tudung leper tapi saya peduli apa! Saya dah tak ada kaitan dengan dia pun. Bluweekk! Time kat tasik awak snap picture saya sampai tergolek2. Habis gatal2 badan awak. Padan muka!haha Saya nak tolong snap picture awak tapi awak malu2 plak. Padahal saya la patut malu.=__=" Tapi bila dah start saya yang snap. Awak pun boleh tahan lupa diri ye!huhu

Balik rumah awak pos picture tu. Siap tulis pre-wedding saya. Hei! Saya rasa nak luku2 je kepala awak. Tapi saya pasrah..-____-" 



Photobucket
Awak snap banyak2 picture macam ni. Ingat tu kasut kawin ke!??huhu

Photobucket
Sempat lagi kan kita kaco couple lain!haha Awak la punya kerja!


Tapi..Picture ni paling best la
'

'

'

'

'

'

'

'

'

'
V


Photobucket
 Picture paling menawan tu. Julingan manja~~Ahakzzz~


Awak rasa saya romantik tak???
HAHAHAHA
\^___________^/


Pensil/Surat: Okeh!Dah dapat 3 tempat praktikal. Alhamdulillah. Tapi masih tunggu yang lain.Bukan tamak tapi i've own reason. 



Tuesday, October 12, 2010

::Awak nak APA lagi?::


Assalamualaikum....
Hati agak tenang setenang air di laut. Wah!Rindu plak nak balik Terengganu.=__=" Kalau kita di beri barang baru, mesti kita hepi kan. Contohnya macam aku, kalau dapat pencil box baru pengganti pencil box yang 7tahun aku guna sampai zip tak boleh tutup sudah pasti saya suka gembira dan akan melupakan jasa yang lama. Eh, manusia memang macam tu kan? Dapat yang baru yang lama diabaikan. Sedih kan? T___T

Tapi, barang2 lama ni antik tau. Kalau jual tinggi nilainya. Sama jugak dengan manusia, bila kita dah sehabis mungkin menjadi yang terbaik tapi tak di layan. Tapi satu hari nanti, mungkin dia akan sedar. Pastu baru nak menyesal. Time tu nak menyesal dah tak berguna. Heh. Sori, tiada maaf bagimu. [Ceh. Ayat nak poyo kau wanie!]

Time kita suka barang tu, kita jaga sebaik mungkin. Tapi bila kita dah tak nak kita campak ke tepi je. Pandang pun tidak. Bila nak baru cari balik. Aish, sedih sungguhla buat macam tu. Baik campak dalam tong sampah saja pastu biar lori sampah bawak ke tempat pelupusan sampah. Habis cerita. 

Tapi kan.. Nak tahu jugak, kenapa awak cari saya lagi? Awak dah buang saya kan? Awak dah ada orang baru. Awak jaga elok2. Jangan mengejar benda yang tak pasti milik awak. Hargailah benda yang ada di depan awak.


Awak suruh saya jangan tinggalkan awak tapi in da same time awak enjoy2 dengan perempuan lain. It's fair for me?
Awak buzz saya kat YM. Tapi awak ada call saya?SMS saya?Dekat situ saya dah nampak effort awak macam mana.
Awak suruh saya kasihan kat awak. Tapi ada tak awak kasihan kat saya walaupun secebis? Malah awak lebih kejam dengan saya.
Awak suruh saya kenang kenangan yang lalu tapi ada tak awak ambil kenangan yang lalu pastu pulihkan hubungan kita?

Saya tahu jawapan awak. "ENTAHLA, SAYA PUN TAK FAHAM DENGAN DIRI SAYA". Jawapan yang paling TAK LOGIK dan BODOH.

Sekarang life saya dah ok. Saya ada kawan2 yang sangat supportive. Thanx guys. Kata2 nasihat korang saya akan ingat sampai bila2. Korang tak ada nak blame dia mahupun saya. Saya paling ingat kata ini "Jangan kita marah orang gila kalau kita bukan gila. Tak guna nak marah orang gila sebab dia memang tak akan faham apa yang kita gilakan" dan "Janganlah kita memaki hamun dia sebab diala dulu yang kita sayang, yang kita cinta, yang kita sanjung." So, apa yang paling bagus kita buat, IGNORE kan sahaja. Biarkan dia dgn hidup dia. Kita dengan hidup kita. 

Maaf. Ym, no.fon, FB semua saya delete. Jangan cari saya lagi jika awak masih tidak berubah. Dan jangan harap kita dapat bertemu lagi walaupun awak yakin masih ada peluang. Peluang sudah tertutup kerana awak sendiri yang sengaja menutupnya. Saya akan pastikan peluang tu tertutup selamanya. 

Photobucket
Biarkan saya boleh?Jangan nak sakitkan hati saya lagi.





Pensil/Surat: Dua tempat praktikal  dah call. Masih menunggu yang lain. Takut nye~hehe






Friday, October 8, 2010

::Saya Suka!::



Assalamualaikum...
Semua orang suka bila ada orang sayang dia, cinta dia, rindu dia... Saya pun suka. Hihikhik [gedikla kau wanie!] Tapi saya lagi2 suka kalau saya dapat ceriakan hati orang. Hati saya tak apa. Saya tak kisah. Kalau saya sedih, tak sampai sehari saya dah boleh bangkit. Saya kan kuat.. \^__^/

Tapi saya sebenarnya suka sangat bila :
1) Lecturer cakap ada presentation, tapi bila tiba waktunya, lecturer cakap tak payah present just hantar slide.. Wa!!sukanya~~~mcm tahu2 sahaja saya ni gagap!kah kah kah
2) Bila lecturer cakap ada test, aleh2 bila test tiba, lecturer cakap jawab 1 soalan sahaja. Yang lain tak payah jawab. Eh!Suka lagi!
3) Kalau test untuk subject bisness mestila kena tulis panjang2 macam esei. Tapi bila lecturer bagi kesenangan plak kat kitorang. Dia cakap,"Test sejam. saya tak ada. Awak jawab la macam mana pun test tu. pastu nanti hantar. Jawab dalam point." Oh!Sayang sangat kat Puan!Suka tau~
4) Bila balik atau pergi kelas tak payah berhenti dekat traffic light sebab lampu hijau. Suka la sebab boleh pecut!Vrooommm!!!

So, saya sangat suka hari ini!!Sebab semuanya berlaku hari ini~~

Pensil/Surat:Saya dah tak kisah apa2. Saya bersyukur  sebab saya punyai kekuatan yang selama ini saya tak tahu pun....


Tuesday, October 5, 2010

::Buat Apa Nak Pandang Lagi?::


Assalamualaikum...
Betul juga sebenarnya Allah temukan kita dengan orang yang salah dahulu baru kita temu dengan orang yang betul. Kalau tak, kita takkan tahu erti kehidupan. Mungkin kita leka dengan duniawi. Bila dah terkena baru la terkial2 nak gelabah... T___T 

Kadang2 lelaki ni sangat SELFISH. Dia nak kita tunggu dia macam tunggul kayu. Boleh di pijak, boleh di ketuk. Dia senang2 suka2 je buat hal dia. Tapi perempuan ni sekian hal jugak, BODOH. Dah kau duk layan dia lagi buat apa! Dah dia buat kau macam tu nak terhegeh2 lagi! Jangan jadi bodoh boleh tak! Owh.! Saya sedikit beremo. Maaf.

Dia bukan kisah hal kau pun wahai perempuan!Sila sedar diri la! Dia nak kau tapi apa dia buat? Ada dia setia dengan kau? Ada dia jujur dengan kau? Ada!!?? Tak ada bukan? So? Kenapa kau sibuk2 lagi nak tahu hal dia? Kau sibuk2 nak perbaikikan hubungan kau. Dia?Ada cuba berubah?? Cukup la dengan apa yang kau telah korban kan. Cukup la. Dia tak kan pandang lagi. Kau telah buat yang terbaik. Selama ni kau mudah berlembut hati. Kau mudah cair dengan kata2nya. Bila kau mahu bangkit? Bila!!?? Jangan di kenang kenangan yang lampau kalau dia masih jauh dari kenangan itu.

Dulu dia mungkin agung2kan cinta kau. Tapi masa telah berubah. Hati manusia juga berubah. Cinta kau dia hanya pandang sebelah mata.Sedarlah.Pujuk rayu dia hanya manis di bibir sahaja. Janji2 dia akan pergi bersama angin yang bertiup. 

Kau wahai lelaki, takkan sedar selagi kau tidak terkena. Kau perempuan, sedarlah masih ada yang mencintai kau.. Tapi mungkin selama ini kau lupa akanNya. Sekarang bukalah mata.. Dia sentiasa ada disisi kau. 

Pensil/Surat:Fokus!Fokus!Tak sabar nak balik rumah!!!


Saturday, October 2, 2010

::Gurau Kasar Nampak!::



Assalamualaikum...
Selamat Pagi. Salam Sejahtera. Pagi Sabtu yang lagho. Seperti biasa. Tak pernah nak insaf2.. Bangun pagi study ke, baca buku agama ke, sediakan sarapan untuk suami ke eh kawan2 ke.. 

Bangun pagi seperti biasa, melihat Ucena mengadap laptop. Tanganku seperti biasa merayap manja di atas keyboard nya. Tanda saya sudah bangun pagi. Ucena akan menjentik kasar tanganku atau dengan bahasa sopannya, menepis tangan saya tanpa belas kasihan. T___T

Tapi saya berasa simpati terhadap rumate2 saya.. Sejak balik dari beraya di kampung.. Setiap pagi minggu, saya tidak dapat menghiburkan mereka dengan rambut saya. Tiada lagi gelak ketawa mereka kedengaran lagi memuji2 rambutku setiap kali bangun pagi. Tetapi mereka sentiasa mahu mengembalikan rambut saya kepada keadaan yang dulu. Mungkin mereka terlampau merinduinya.. Walau mereka bergurau kasar terhadap rambutku, aku tidak pernah mengambil hati kerana aku juga seperti mereka. Tiada belas kasihan ketika bergurau.

Kalau dah terbiasa gurau kasar2 dengan rumate jadi terbawak2 perangai buruk ni dengan kawan2 yang lain. Dah, kalau rumate mengadu:

Aduan pertama

SI JIR: Wei, muka dah gelap la.. Tangan dah gelap la.. Macam mana ni...?? Tak suka betul la!
SI LURUS [Eh, aku la tu..] : Sejak bila Jir putih? Jir memang HITAM la.. Lain la kita ni, memang PUTIH MELEPAK...

Aduan kedua

SI GED: Aku dah nampak gemok la... Eee.. kena diet ni.. Tak boleh makan banyak....
SI LURUS: Memang ko gemok pon.. Bila plak ko kurus.??

Setiap aduan akan di jawab dengan mimik muka tanpa belas kasihan dan innocent giler2. Cara jawab seperti ini ialah untuk orang2 yang PERASAN sahaja. 

Tapi bila dengan kawan2 lain.. Bila tengok picture2 diorang kat FB masing2.. Dengan gatal tangan tergurau sopan plak.. "WA!NAMPAK TEMBAM GILER2 LA MUNG!PENUH JE SATU GAMBO NI!" Dia pun sure la jawab dengan agak lembut tapi terasa habis la.. "Yeke"  Uh??@___@

Bila kawan2 ada mengadu diorang makan banyak time beraya. Aku pun dengan mengatal tangan mengetuk keyboard laptop dan menaip "Habis 30Syawal berat mung naik 30kg" Tapi di balas si tuan Fb tu dengan ayat "Jahat la mung ni wani!" Owh...

Conclusion yang dapat dibuat, RUMATE LAEN KAWAN LAEN. Sila jaga batas gurauan anda.

Pensil/Surat:Bestnye.. Jadual exam chantek sikit tahun ni..hehe