Wednesday, October 20, 2010

::Lima vs Satu::


Assalamualaikum.....
Pagi tadi rasa berilmiah sikit. Sikit je. Tak banyak. Semalam mak offer pergi usrah. Mak memang selalu pergi usrah setiap hari Rabu. Alang2 aku dah balik ni, adik2 pulak pergi sekolah, mak pun suruh follow pergi usrah la. Tak kan nak tolakkan. Pergi tempat elok. Best dengar ceramah agama ni. Walaupun setiap kali kuliah pagi, aku memang suke kecilkan mata pastu buat konon2 baca buku tapi time dengar ceramah tadi tak mengantuk pun.Ustaz tu kelakar. Kalau orang tanya mesti ustaz jawab direct pastu kalau salah dia memang sound depan2. Dia cakap bab agama tak boleh main2. Kalau dah salah memang salah. Kena terus berubah. Tegas!Hohoho Walaupun sekejap je tapi rasanya banyak juga ilmu yang dapat. Alhamdulillah...

Biasanya aku tak ikut sebab adik2 aku ada kat rumah. Bangun pagi kena buat breakfast untuk diorang. Mak tak sempat nak buatkan. Kadang2 aku buat breakfast tu sama waktu mak aku dah balik usrah. [Eh? Anak tak guna betul aku ni! =___="] Kali ni cuti best woooo.. Adik aku dua orang tu pergi sekolah. Tak payah buat breakfast. Terus masak untuk lunch! Lunch wajib masak before adik bongsu balik. Dia kuat makan. Tak boleh makanan tak ada. Nanti mengamok. Aishh.. Kenapa la dia sorang je kuat makan..

Nak cakap susah ada adik2 lelaki ni tak jugak. Tapi kalau datang perangai keji sorang2, memang teruk juga la. Time datang batu api nya, kuat makannya, berebut barang, bergaduh, mengutuk. Memang rasa nak balik Shah Alam duduk sorang2. Aku sorang je perempuan pastu ada adik2 lelaki plak 5 orang. Bab masak mak aku mesti suruh aku, takkan nak suruh adik2 aku lak. Tapi adik aku yang ke 3 n 5 pandai masak! Western food gile TERER. Aku pun kalah! =__=" Tapi abang aku dengan adik aku yang ke 4, HAMPEH! Bagi la kuali ke, senduk ke, memang tak tahu guna! Tapi diorang ni la yang kuat makan!Dah la tak tahu masak LANGSUNG tapi bab makan diorang la JUARA!

Bab keji seorang2 memang teruk! 
1) Adik aku yang ke 3, mak aku tengah berleter pot pet pot pet. Dia datang depan aku pastu tunjuk gaya mulut mak tengah berleter. Dia dah hafal semua ayat mak aku berleter. Aku apa lagi gelak guling2 la! Cara ayah aku drive sambil korek hidung pun dia tiru. eh?kenapa cerita?huhu Gaya ayah aku pukul pun dia tiru. Memang keji dia ni sorang.

2) Aku pantang kalau berus gigi aku basah selepas adik2 aku mandi. Mesti aku akan soal sorang2 siapa yang guna berus gigi aku! Mesti tak ada yang mengaku. So, aku akan tanya sorang2 mana berus gigi diorang. Yang tak boleh bla, adik aku yang ke 3 jugak, die confident jawab berus gigi dia yang dah kembang. Padahal berus gigi kembang tu adik aku yang ke 5  memang buat cuci celah2 mangkuk jamban!Gelak guling2 lagi kitorg! Dia cakap dia terlupa bawa balik berus gigi so dia guna jela berus gigi tu. Dia tak tahu berus tu guna untuk cuci celah mangkuk tandas!Hohoho Padan muka!!

3) Mak mesti berleter kalau aku tak lipat baju adik2. Dah la diorang ni malas lipat baju! Aku juga la yang kena lipat. Tapi aku memang xsuka lipat baju! So, aku akan agih2 kan baju diorang. Aku buat 4tompok. [So, aku tak payah lipat...hehe] Nanti diorang datang aku akan sound suruh lipat baju masing2 yang aku dah agihkan. TAPI mesti ada je yang tak kena, mesti ada yang cakap bukan baju dia la, baju ni dia dah tak pakai la, bagi kat adik la. Pastu adik lak cakap bukan la, baju tu besarla, tak padan dengan dia la..la la. la. la. la. Sigh... Banyak karenah! Tapi bila kita lipat pastu letak dalam drawer diorang nanti dia pakai je! Pastu mula la cakap ni baju dia la, kenapa adik pakai. Aip2!!Time lipat tak nak mengaku! Luku kang sekor2!!

4) Bab beli barang pun mesti sorang2 dengki! Nanti buat la ayat "Bestla dia ayah belikan..." Memang kalau perangai dengki tu ada, tak boleh lari la. Kalau nak beli barang, sorang2 demand! Tak nak yang murah2, nak yang mahal2. Eeee.. Time ayah beli kan barang2 aku pun  diorang boleh dengki! Pastu mula la cakap aku ni selalu la beli barang2. Dah banyak kat rumah. Padahal harga 3barang aku bersamaan dengan 1barang diorang. Ha!mana la tak banyak. Aku beli yang murah2. Korang beli yang mahal2!Uh!

Tapi disebabkan aku ramai adik beradik lelaki la aku percaya LELAKI TAK SEMUANYA PERANGAI SAMA. 
Abang aku, tegas, baran tapi baik, suka bercerita.
Adik ke 3, kelakar, romantik, sensitive, bersemangat, pembuli.
Adik ke 4, pendiam, bijak, suka mengutuk dalam diam, tak hirau hal orang.
Adik ke 5, degil, kuat melawan, otak kretif, suka bergaduh.
Adik ke 6, kuat makan, sensitive, suka budak2, manja.

Pensil/Surat:Study week di bazirkan dengan menonton TV.Bagus!



11 comments:

@juera said...

sma la mcm adik beradik ak..mcm2 kerenah sorg2..nsib la ak x duk ngn family..cr rezki kt tmpt org..huhu

ber_u_wang said...

makna ne wanie dah faham sangat perangai lelaki sebab dah ramai adik beradik lelaki..

Un Phat Lee said...

mane adik lu yang ketujuh ni?ehe XD

Wanie-san said...

@juera:
tapi kalau jarang2 jumpe hepi gak..
karenah masing2 bukan nye buat hati tenang..hehe

ber_u_wang :
aha..dah paham sangat!tapi adik beradik wani semua jenis yang setia!opss...hehe

Un Phat Lee:
hahaha adik ke tujuh???nnt eden buatkan entry khas utknya...huhu

Rara Nasiha said...

dear, ada yang single untuk i tak? heee

Arifah said...

Tuuuuu dia..ada 5 orang adik laki? Ramainya...akak ada 3 org je adk laki..pompuan tadak..hehhe..tu la.mcm karenah kan ade adk2 laki..sonok pon ye psl ada je bnda yg boleh hiburkan hati kita...buat kita tergelak sm... Wanie ok lg, tak kahwin lg..boleh berssma mereka lg. Akak ni, berkepit ngn suami je la..Ohhh...how i miss them so much.:'-(

asna cute said...

pehhh 5 org sekali gus. asna kena jaga 2 org abg dlu pun mcm nk pengsan. masa kecik jer la. time dah besar sikit abg2 lak jaga asna kuikui. sabar kay. Nti dorg berubah la tue.~

fndrocka said...

Adik nombor 3 tu memg kelakar.

Ada org dulu2 kata..kalau dlm ramai adik bradik ada sorg je perempuan..yg perempuan tu mesti suara tinggi..suka jerit..mcm nenek kebayan..dan kelakar.

Mulanya aku anggap tu mitos je...sampailah ke hari ni..baru aku percaya

~ceRRy beRRy~ said...

oooo.. wanie the only girl dlm siblings ek..
mst jd kesayangan abg ngan adik2...
penyeri rumah la nih ;)

Ann said...

adik ke-3 mmg nakal..sama mcm adik ak no 3...kelakar, nakal...suka kutuk org...sebijik

Wanie-san said...

Rara Nasiha:
ada2!!adik yang bongsu..darjah 5..u mau x yunk??hehehe

Arifah:
hehehe tu la..kalau jarang jumpe best gak..byk benda leh cerita..kalau selalu jmpe leh perang besar gak..kalau dah kawen mmg kena habiskan masa dgn suami la akak kan..hehehe tu yg penting!

asna cute:
betul2!!bila dah besar diorg ok la..siap boleh paw adik2 jugak..bukan abg je leh paw..adik2 pun leh paw gak..hehe

fndrocka:
adik no 3 tu sewel...otak tu ade je idea nak kena kan org..
amboi~~ayat tu cam perli aku jeh! memetir tu ged yg ajar..hahaha

~ceRRy beRRy~:
penyeri??hahaha xdela..penyemak adala..hihi nasib xjadi tomboy...haha

Ann:
hahahaha mmg!anak ke 3 keras kepala tapi dia mesti pandai kan??hehe