Friday, October 15, 2010

::Saya TAHU!::


Assalamualaikum...
Menaip entry ketika kerja masih menimbun! Gila apa. Assignment ada lagi tak siap. Mentang2 baru siap buat slide presentation. Panas. Penat. Mood kureng sikit tapi sempat jugak la buat gila dengan rumate. Sampai diorg pun jadi gila sekali. Iksh..Kesian.. =___="

Semalam mak call. Ingat tak nak bagi tahu pasal diri aku. Just nak bagi tahu pasal offer tempat praktikal je. Tapi mood mak cam baik je semalam. Siap leh buli2 suruh mak call balik. Aku cakap kredit tak ada. [Alasan!] Mak pun call la balik. Borak2 pung pang pung pang aku pun terkeluar la satu ayat..."Mak. Kita dah tak dengan S***." Mak agak terkejut lepas tu mak jawab dengan nada slow dan seperti memujuk "Kenapa?Awak ada orang lain doh ke?" Aku tahan sebak, kawal perasaan menangis sebab tak nak buat mak rungsing [sebenarnye ego!] Aku pun cakap "Sebab mak la!" Mak aku dari nada soft giler babeng terus tukar jadi ganas! "Kenapa lak sebab mak!Awak punya hal jangan libatkan orang" Aku gelak je!Hahahaha Tak pasal kena sound! Tapi pastu mak suruh jangan pikir sangat hal tu. Pikir nak habiskan sem ni je. Aku tak pernah nak mengadu pasal dia kat mak. Just yang penting2 je aku akan bagi tahu. Apa2 hal pasal dia, ayah je akan tanya.

I know.. Mak walaupun sebenarnye langsung tak caring dengan aku depan2. Mak sahaja tak nak tunjuk. Tadi mak message tanya bila aku nak balik. Padahal semalam dah call dah cakap. Aku tahu mak aku risau pasal aku. Mak jarang message or call aku sebab apa2 hal aku lebih kepada ayah aku. Ayah je akan message or call sakat2 aku. [Kita ok mak.Dun wori..=} ]

Mak dulu dengan aku sangat2 tak close. 
1) Aku mesti rasa mak tak sayang aku. Mak lebih sayang kan abg. 
2) Selalu gaduh dengan mak sampai pernah tak bertegur 3bulan.Gila!
3) Kalau sakit time kecik2, ayah je akan sapu ubat. 
4) Selalu kena berleter dengan mak. Pastu hempas pintu. Sepahkan bilik. Tido. Bangun tido terpaksa kemas balik.Bodoh lak rasa.
5) Pernah rasa nak guna duit biasiswa tebuk dinding bilik, buat pintu keluar semata2 tak nak jumpa mak.Bodoh lagi aku ni.

Tapi semua benda tu berlaku sebab:
1) Aku malas belajar. Time exam aku sangat malas study. Tengok tv.
2) Malas tolong mak masak. Suka gaduh dengan adik2. 
3) Suka melawan cakap mak. 

So, mak aku ada reason la kenapa naka marah aku kan?hehe

Tapi bila dah besar, bila berjauhan dari mak. Bila dah masuk U. Mak mesti call aku kalau ada benda2 nak mengadu. Kadang2 benda tu mak yang patut nangis tapi aku yang nangis dulu sampaikan mak stop mengadu sebab tak nak bagi aku nangis lagi. Mak sangat kuat. Tak pernah aku tengok mak menangis. Respect! ^__^7 Dulu nak cium mak segan, sekarang nak cium mak pun dah tak kisah. Mak kan best friends saya. Tempat saya mengadu ketika susah dan senang. I LUV U mak~~ ^v^



Photobucket
Mintak ampun... Eh??Ni bukan my mum.. Ni my aunty ye..hehe


Photobucket
Okeh..Ni baru betul. Berlakon semata2 nak ambik gambar. Tergelak2 kitorg.hehe


Pensil/Surat:ESOK LAST KULIAH!PASNI TAK JUMPA DAH LA QUIZ,TEST,ASSIGNMENT.huhu



8 comments:

avid said...

adeh..apasal la ko letak gamba salam dengan makcik ko. hahaha. dah entri psl mak, letak gambo mak ler..

syue said...

good luck wanie untuk exam tawwww!! =)

n sayang mak jugak.ecewahs

shams said...

nasib kita cam serupa..
hmm pape pun good luck in ur future undertaking..
n dun 4get to BRING YOUR HEART HOME..
selamat berkawan...

said...

saya nak jadi anak angkat mak awak bleh tak?? hehehe..saya tak mau jadi madu mak awak....mak awak garang hehehehhe....gurau2 jer awak....sajer nak hiburkan hati awak....

bofoyengfeng said...

gua pun tahu. ;)

Unknown said...

goodluck for ur exam n love ur mum!!hye aunty!im izzad

ftrhd said...

jaga mak tu elok2 ye..dia je mak yang kita ada kat dunia ni..

Fnd Rocka said...

Fuyo..pengalaman kau dgn mak..sungguh dlm ertinya.cewah.ni menunjukkan yg seburuk mana hubungan...one day it can turns okay..just dont give up ya org2 di luar sana.