Tuesday, October 26, 2010

:Tak Pernah Buat ok!::



Assalamualaikum...
Ehem2.... Saya rasa rumate saya sudah tahu tujaan entry pada kali ini. Sudah beberapa kali kePERLIan mereka terhadap saya kedengaran. Sejak semalam Si Ged menunjukkan kekaguman. Cik Ucen memang dah tahu niat saya ini sejak sebelum final exam lagi tetapi beliau tidak tahu saya mampu melaksanakan atau tidak niat murni saya itu.. hehe

Ok2... Sebenarnye sejak sekolah lagi tak kira la sekolah rendah ke menengah ke time masuk U ke aku TAK pernah study di library. TAK PERNAH. [Nampak tu.. Caps Lock lagi...] Kalau pergi library tu biasala. Pernah la. Tapi untuk pinjam buku je [Boleh kira jugak berapa kali aku pinjam buku...huhu] Eh, pernah juga sekali study di library ikut Cik Ucen tapi tu pun separuh hari. Pastu mata dah mula kuyu, rasa nak terbabas je kat library tu. Esokkan dah serik pergi library. So, tak kira la..hehe Tapi hari ini cam cipta rekod lak, aku dapat bertahan di library dari pagi sampai lewat petang. Kagum tak? Kagum tak? Pastu berkobar2 nak pergi lagi esok!>___< 

Sem ni kan last sem untuk kuliah, so aku takut la ada TERrepeat paper ke sebab sebelum2 ni tak pernah repeat, kang tak pasal2 final year ni repeat lak, jenuh gak aku. Dah la sem depan praktikal.. Mintak2 di jauhi la... Nak kata sem lepas pointer teruk tak. 3above juga. Tapi mungkin dah dapat seru kena study di library kot.hehehe

Aku bukan tak nak study kat library.. Orang cakap study kat library tenang..Damai.. Boleh cuci mata.. Boleh usha mamat ensem.. Eh..bukan saya cakap. Orang cakap. Saya kan tak pernah study d library, so saya tak tahu benda2 alah tu.. [Poyo la kau wanie] Ok2... Aku ada reason sendiri kenapa tak mahu study di library dan lebih selesa study di bilik :

1) Dah terbiasa dengan suasana bilik. Kalau pergi library kena take time plak nak sesuaikan diri. [Mengada]
2) Malas nak bangun awal pagi pastu bersiap2 pergi library. [Sayang tidur sebenarnya]
3) Tak boleh study dalam suasana diam, rasa macam nak di ulit mimpi je. [Keja nak tido]
4) Nanti penat duduk seharian dalam library pastu nak borak pun kena slow2 takut kena sound. [Mulut bertih jagung]

Sebenarnya semua tu boleh di atasi. Tapi kalau dah memang suka duduk kat bilik, study sambil golek2 atas tilam, dengar earphone, nyanyi kuat2 mana la boleh pergi library! Tak pasal2 baru nak masuk dah kena halau dengan Abang2,kakak2,Pakcik2,Makcik2 library tu.. ^_^


Photobucket
Cik Ucen jangan tengok saya macam tu.. Tahu la kagum dengan saya...^___^


Pensil/Surat:Sejak akhir2 ni, perut asyik lapar je. Apa kes!


14 comments:

kampungboy said...

pAtut la jari saya berdarah hr ni....rupa2 nyer sekutu pi library....tahniah sekutu

Beruwang said...

che waah leh dapat 4.0 nih

Fnd Rocka said...

Rasukan ablasa

JeeMacey said...

to wanie..jee lg jarang gile g library...

Wanie-san said...

sekutu:eh..sekutu xg lib ke?tadi sy duk sebelah daus.pastu wan dtg,pastu khai dtg..tp sekutu xdtg2..haha

uncle:ahakzzz....mcm yea2 je dpt 4flat kalau study kat lib.haha

fendi:perli nampak!

jee:haha sama la..jarang giler2!!

Aujinz said...

tahniah tahniah..
gambatte Kudasaiiiiiii..

Anonymous said...

hahaha memang hari ini dlm sejarah dowh!

Admin said...

Salam ..
apa apapun selamat berexam dan semoga berjaya ~

http://hasrulhassan.blogspot.com

kalau stress bacalah entri kat blog saya .. ada petua dan tips untuk stress~

Nazifa said...

hehehe...
ifa punye reason lg best!

x suke pegi library sbb aircond dia SANGAT SEJUK!
dahla duduk berjam.. satgi blk umah jln mcm robot! kekekekeke...

GOOD LUCK wani! ;)

shams said...

stdy guna otak cik wanie..bila stdy otak kita bekerja dan jadi letih..sebab tu rasa lapar....
jgn tahan makan..
makan makanan yang seimbang tuk tenaga dan kesihatan minda..
good luck exam cik wanie...

avid said...

hahaha...apa kena ngan husna tu??scary stare!

Amni said...

x suka gak study kat library.. t asyik melilau je mata ni tengok orang keluar masuk, tengok orang len study dan tah papa lagi.. betul part penat dudk tu.. kalau kat dalam bilik leh baring2 lagi.. kalu ngantuk boleh tido.. hahaha

said...

nanti mai praktikel kat opis kak gebu eh

hari2 kita bekpes sama2 ekekkekek

bofoyengfeng said...

gua sokong! study kat bilik lagi best. boleh tido...hehe...