Friday, October 22, 2010

::Tunjuk Teladan yang Baik::

Assalamualaikum.....
Nak taip blog dari pukul 8pm lagi tapi mak dengan ayah ada plak di belakangku. Malu la ai... Saya kan memang sedia ada pemalu...=__=" [Shut up u wanie] Okeh2... Tadi ayah sudah sound, ayah pesan esok kena bangun awal nak pergi holiday di Melaka. Kalau bangun lambat kena tinggal. Ayah ni, ugut saya. Ingat saya ni budak2 kecik ka? Saya dah besar la. Sudah pasti ayah takkan tinggalkan saya. Sudah pasti pagi esok ayah ketuk pintu bilik saya. Sudah pasti ayah tak sampai hati membiarkan saya bersiap2 cepat dan selekeh. [Kadang2 confident saya tinggi menggunung dan boleh menjahanamkan kerjaya saya sebagai anak yang solehah]

Petang tadi masa di habiskan dengan berborak dengan mak. Bertukar2 cerita. Bergelak ketawa. Sudah lama tidak melakukan aktiviti tersebut dengan bonda tersayang. Kan saya sudah cakap, sekarang saya bahagia kerana budak2 sekolah dan tak cuti sem lagi. Cuba lihat 2bulan lagi, saya sudah pasti menjadi bibik kerana di buli oleh adik2 yang SANGAT BAIK. 

Beborak2 sampai la satu topik ni, pasal kisah adik yang bongsu. Dia sorang memang tembam, kulit memang gelap walaupun kulit kami adik2 beradik yang lain pun gelap tapi dia punya kegelapan tu lebih sedikit. Errkk? [Tak payah cerita lanjut pasal kegelapan] Mak bagitahu adik pernah balik dari sekolah dan dia mengadu yang ada seorang cikgu ni cakap dia gelap dan macam anak INDIA.whatthe^%$#. Geram juga la. Bukan tu sahaja, di tuisyen juga, cikgu yang sama, dia ada mengata adik aku dan 3lagi budak yang lain. Yang ni aku tak sure kisah apa plak tapi adik aku mengadu kat mak aku jugak sebab adik aku jenis suka bercerita apa yang dia pendam. Siap kawan adik aku boleh pertikaikan KENAPA CIKGU MENGATA DIORANG DARI SEKOLAH SAMPAI KE PUSAT TUISYEN? Budak tu bukan sekolah menengah pun. Sekolah rendah lagi. Mestila terasa. Sampaikan adik aku boleh bertanya kat mak aku, KENAPA  SIKAP CIKGU MACAM TU KAT ADIK? 

Serius, bukan aku nak backup adik aku or what. Abang aku juga seorang guru. Budak2 sekolah menengah lagi degil dari sekolah rendah tapi abang aku tak ada plak nak mengata apa2. Cuma macam terkilan la seorang guru SEKOLAH RENDAH berkelakuan macam tu. Nak kata bergurau?? Tapi bagi aku bukan tu caranya. Bukan sekali tapi banyak kali. Adik aku bukan jenis melawan dan jenis matang walaupun darjah 5 sebab abang2 dia semua dah besar so kitorang tak ada nak manjakan dia sangat. Mainan pun kitorang tak kasi beli. Cakap membazir. Dia akn turuti sahaja. Kadang2 adik aku ada bertanya, GELAP SANGAT KE DIA? Bagi aku tak ada la hitam legam pun tapi sebab dia sedikit gelap dari kitorang, that's why la kitorang cakap gelap. Padahal normal macam biasa sahaja. Tak ada pulak cakap dia anak India ke Bangla ke.

Aishhh... Sabar jela. Tapi yang pasti adik memang gemuk+tembam! Suka peluk! Macam teddy bear!Owh lupa mahu kasi tahu. Adik aku yang ke 3 tak gelap. Memang tak ada dalam kategori adik beradik berkulit gelap. Dia putih melepak kemerahan macam anak angkat. Eh? Ok2...Macam anak mat saleh. Grrrr.. Kenapa aku perlu jujur di sini??


Photobucket
Gelap kah?Okeh tak clear sangat kegelapan. Yang pasti keMONTELAN.huhu


Pensil/Surat:  Malas gila nak kemas baju!

15 comments:

Aujinz said...

so, cik wanie-sang plak, kulit kaler ape?... koh koh koh

avid said...

hitam itu gaya keunggulan. cakap kat adik kau:

"awek2 baya akak suma suka pakwe dia itam tau...tu tandanya mereka rajin membanting tulang di tengah kebun.."

Un Phat Lee said...

tu yang sodap tu.boleh dibuat bantal peluk beb.ehe XD

Mimie.Candy Cane said...

montel best apeee!!!!!

emo tibe2..hehehe

Husna Hadzarami said...

mak aih sampai hatinya cikgu cakap macam tu!
anak buah akak yang Aina tu pun pandai terasa kalau orang compare kulit dia dengan kulit putih Asha.
budak2 ni kadang2 tak tunjuk, tapi diorang sensitif sebenarnya. patut seorang tegur sikit cikgu tu. biar dia tak cakap pada budak lain pulak. emo betul aku kalau benda melibatkan budak2 ni.

Unknown said...

mcm aku dulu2.. skg dh putih n kuwus.. :)

Wanie-san said...

Aujinz:
kaler kuning duku...hehehe

avid gunner:
hahahaha sengal..tapi kdg2 perlu menipu utk mengambil hati kan?:p

Un Phat Lee:
hahaha best la.original mari..:}

Mimie.Candy Cane:
memang best kak mie..eh?awat emo ni??keh keh keh

Husna Hadzarami:
budak2 memang sensetif kalau bab2 yang boleh merendahkan diri diorg. cikgu2 kat sekolah tu memang perangai mcm tu. dia rasa dia dah guru so ada kuasa.ramai budak2 kena.tegur pun dia tetap nak menangkan dia.tu la susah kak husna.

Heidi Shafiq:
fuyooo....suh adik ak ambik tips dari ko la..:))

Beruwang said...

oo gi melaka negeri maju.. best la

nurayunni said...

wah..cantik pic tue...

Ann said...

ada adik aku bkulit gelap mcm BLACK tu, iras2 pun mcm tu jgk..hehe
jd aku akan puji dia, wpun dia gelap, dia sbnrnya hensem dan manis..

kasi self-confident dia tggi skit..

ftrhd said...

wahhh nak ikut...saya kat melaka ni hehehe

Unknown said...

mintak2 lah ape yg cikgu dia cakap tak sebabkan adik kau kurus sbb strees. kihkihkih.

MSOM said...

Wanie,
Hitamke, putihke, cokelatke, kita 1MALAYSIA....Yang penting solat tak tinggal kan kan kan ,.....!

Fnd Rocka said...

Kes aku kena tampar dgn cikgu masa darjah 6 masih mnjdi kenangan abadi

KAK RAINBOW said...

HITAM ITU MANIS SEBENARNYA :)